Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

August 14, 2019

Diari Mengandung Anak Pertama (Part III) | Bersalin Induce di Hospital Shah Alam, Selangor

Assalamualaikum dan hai semua!
Ini merupakan Part III, boleh baca Part I dan Part II ye :)
NAK BERSALIN DAH KE?
29 Julai 2019 - Pagi dalam pukul 3-4 lebih pagi Nina tiba je sakit kepala sangat sampai subuh tak boleh tidur. Husband pun bawa pergi klinik panel dulu dan cek tekanan darah tinggi. Klinik sediakan surat rujukan ke klinik yang Nina selalu check up dan bila pergi sana cek memang masih tekanan darah tu tinggi. Klinik suruh rujuk hospital dan Nina pun gerak ke Hospital Shah Alam naik ambulans. Bila check in hospital memang ada tekanan darah tu tinggi dan selepas diperiksa dengan doktor kandungan Nina perlu di induce atau bayi perlu dipaksa keluar awal. Ya Allah terkejut sangat sebab Nina terlalu risaukan bayi. Doktor dah terangkan bayi sihat je dan teori pertama menyatakan bahawa mungkin terdapat masalah ketika perkembangan bahagian uri semasa awal mengandung. Teori yang kedua pula menyatakan bahawa mungkin terdapat kejadian peradangan yang tidak terkawal, di mana tubuh badan bertindak balas terhadap uri itu sendiri.

Hal ini kerana uri memberi makanan pada bayi dan bila dia tak dapat nak salurkan, bayi demand dan bagi tekanan pada si ibu. Itu penyebab tekanan darah Nina jadi tinggi. Sakitnya waktu doktor tu seluk untuk cek pembukaan. Hehe selepas itu, Nina kena masuk wad untuk proses seterusnya.


HOSPITAL SHAH ALAM - BERSALIN SECARA INDUCE BALLOON
30 Julai 2019 - Di wad, macam biasa doktor akan cek kita lagi sekali dan Nina induce mengunakan belon. Dalam pukul 6.30 pagi doktor sudah memanggil untul pemasangan belon ini. Nina kena pakai dalam masa 24 jam untuk mempercepatkan proses semasa bersalin nanti. Ya Allah sakitnya sama macam kena seluk tu. Dia masukkan didalam vagina kita. Jalan pun kena berhati sebab ada juga darah keluar. Dalam beberapa minit Nina dah rasa contraction dia. Huhu kadang setiap 10 minit rasa. Malam tu tak boleh tidur sebab menahan sakit tapi masih ada selera makan. Haha 

31 Julai 2019 - Dalam 6.30 pagi macam tu, doktor panggil untuk cabut belon tu dan bukaan dalam 3cm dan secara tiba terasa air keluar dan doktor cakap air ketuban dah pecah. Makaii kenapa cepat je berlaku ni. Doktor seluk lagi nak bagi pembukaan besar sampai 5cm. Haha takutnya Nina. Lepas tu, Nina kena masuk labour room. Siap call husband untuk datang cepat. Sampai je labour room, doktor dan nurse cek dahulu dan sediakan semua alatan. Contraction masih ada setiap 5 minit. Ya Allah sakitnya dan tunggu masa je nak bersalin. Dalam pukul 11 macam tu rasa macam nak terberak, Nina cakap dekat husband panggil nurse rasa nak teran. Nurse kelam kabut datang cek pembukaan Nina dah 7cm. Kena tunggu sikit lagi. Selang beberapa minit tu Nina jerit lagi tak tahan nak meneran, baby nak keluar. Masa tu juga Nurse suruh teran dan sakit lagi bila Nurse gunting untuk bagi cepat kepala baby keluar. Alhamdulillah pukul 11.17 pagi baby selamat dilahirkan. Hehe macam tak percaya je Nina dah ada baby. Alhamdulillah.

Selepas tu, husband azan bayi dan Nurse pun sambung jahit pula kawasan yang digunting tu. Haha nyilu beb! Tak sakit sangat. Lepas itu, Nurse bersihkan bayi dan Nina pun boleh masuk wad balik dan menyusukan bayi. Lepas bersalin tu, Nina sangatlah lapar dan haus. Terus makan. Haha pengalaman pertamakan tak tahu sangat yang lepas bersalin banyak darah keluar mesti badan masih lemah dan peningkan. Sekali nak bangun tu, rasa nak pitam, gelap je rasa. Nasib husband papah dulu. Haha Nina kena rehat dulu baru boleh bangun.

Kena tahan wad lagi sampai bayi sihat sebab ada kuning pula. Duduk bawah lampu untuk mengurangkan kuning dia. Selapas 5 hari di wad baru boleh keluar. Husband siap bayar dan settlekan hal hospital terus balik ke rumah. Esoknya kena pergi hospital untuk cek kuning bayi lagi.

Review mengenai servis dekat Hospital Shah Alam ni ok ye. Tak crowded sangat. Wad yang bersih dan kemas, staf semua baik je. Hehe adalah sorang dua yang macam kerek sikit tapi ok je. Semua boleh ajak borak dan boleh tanya dan minta tolong dengan diorang. Pesakit sebelah katil pun dah jadi kawan. Hehe terima kasih semua staf Hospital Shah Alam dan semoga kalian tabah menghadap pesakit lain :D

Cerita lain boleh baca di entri lain:
PART I
PART II

3 comments:

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.