Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

August 14, 2019

Diari Mengandung Anak Pertama (Part II) | Scan Ultrasound di Poliklinik Noriha, Petaling Jaya

Assalamualaikum dan hai semua!
Kita sambung entri dari >> KLIK SINI <<
SCAN ULTRASOUND
12 May 2019 - Nina teruja nak buat ultrasound atau scan bayi. Scan ni ada beberapa jenis tetapi Nina lebih prefer detailed scan untuk tengok anggota-anggota badan bayi seperti otak, jantung, hati, limpa, buah pinggang, perut dan lain-lain. Nak kena pastikan saiz okay dan tak ada benda asing disitu. Nina ada jumpa satu klinik ni memang murah dan waktu tu ada promosi pakej detailed scan + gender scan + 3d + 4d. Haa banyakkan. Dengan harga yang lebih murah dari klinik lain. Korang kena rajin survey tau pakej yang klinik sediakan. Rasa berbaloi bolehlah cuba. 

Sangat teruja nak buat scan dan kalau korang risau takut tersesat ke apa, jangan risau boleh je waze. Memang sampai je depan klinik. Hehe sampai je klinik memang tak ramai sebab waktu tu adalah untuk scan sahaja. Sebelum pergi boleh whatsapp dulu dan tanya secara lebih lanjut pakej mana korang nak atau nak minta pendapat pun boleh. Memang staf dia sangat baik dan layan korang sebaik mungkin.


Nina nak review pasal klinik yang best ini iaitu keadaan klinik ini juga teratur, sangat bersih dan kemas. Servis yang bagus, cepat dan staf semua ramah. Tukang scan tu pun baik sangat dan penerangan yang sangat detail. Kalau korang nak tanya apa pun dia akan jawab dengan baik. Memang bestlah scan dekat sini. Very recommended!

Lebih lanjut korang boleh layari :
Facebook : https://www.facebook.com/polikliniknoriha/
Alamat : No. 19, Jalan Teratai, Jalan PJU 6a/3a, Kampung Sungai Kayu Ara, 47400 Petaling Jaya, Selangor
No tel : 03-74969449
Whatsapp : 011-33771038
Waze : Poliklinik Noriha

Jemput baca entri lain:
PART 1
PART III

2 comments:

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.