Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

March 13, 2021

Penjagaan Muka Terbaru Rumusan Dari Prebiotic + Calamine | Cosmoderm Perfect Balanced

Assalamualaikum dan hai semua!
Lama dah tak bersiarankan. Harini Nina dapat nak up entri bqaru dan nak share satu produk yang best tau. Haa siapa suka dengan kecantikkan? Mesti semua suka kan. Memandangkan kita ni perempuan memang suka kalau cantik, kulit muka yang licin dan bersih dan sebagainya. Jom baca sampai habis.

Penjagaan Muka Terbaru Rumusan Dari Prebiotic + Calamine | Cosmoderm Perfect Balanced telah mengeluarkan produk terbaru mereka yang berasakan rumusan prebiotic dan calamine yang sangat bagus untuk kulit muka. 

PREBIOTICS
Salah satu makanan kepada bakteria baik untuk ekosistem kulit yang membantu merangsang ketahanan semulajadi kulit dan memastikan mikrobioma kulit anda seimbang.

CALAMINE
Ia meredakan dan mengurangkan kegatalan pada kulit. Selain itu, mengurangkan masalah kulit berminyak dan kemerahan pada kulit. Dan juga memberikan pelindungan kulit akibat terdedah kepada cahaya matahari.

4 langkah mudah dengan Cosmoderm Perfect Balanced
1. Foaming Cleanser
2. Toning Lotion
3. Soothing Wow Cream
4. Sun Milk SPF 25 PA++
LANGKAH 1 - Membersihkan ke dalam liang pori dan kulit sambil melegakan kemerahan dan
meningkatkan penyerapan kulit dari bahan berkhasiat lain.
LANGKAH 2 - Diformulasikan dengan Prebiotik dan 20,000ppm Calamine yang mengurangkan kemerahan sambil meningkatkan keupayaan penyerapan kulit dan kelembapan kulit
LANGKAH 3 - Difomulasikan dari 30,000ppm Prebiotik yang membantu meningkatkan perlindungan permukaan kulit. Ia juga mengandungi Calamine yang membantu menenangkan, mengurangkan kemerahan dan memerangi radikal bebas. Dengan teknologi WOW (Water-in Oil-in Water), ia membantu dan mengembalikan kelembapan kulit dan meringankan cela pada permukaan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit & kulit sensitif.
LANGKAH 4 - Melindungi kulit daripada UVA dan UVB. Ia meningkatkan perlindungan permukaan kulit daripada tekanan persekitaran. Juga membantu untuk menghilangkan selaran matahari dan kulit kering.

FEEDBACK DARI NINA

Nina sangat teruja untuk cuba produk dari Cosmoderm ni sebab memang pengguna Cosmoderm. Lagi-lagi tengok pembungkusan dia yang warna pink ni yang sangat comel. Lagilah bertambah teruja dia tu. Dengan 4 langkah mudah je kulit dah boleh jadi lembut, fresh dan menjadi lebih anjal. Harap lepas ini kulit jadi wowlah kan :D

Yang paling suka sebab ada nombor di setiap produk. Jadi sangat mudah untuk mengikut langkah penggunaan dia dengan betul. Tak adalah tersasul nak pakai yang mana dulu :D
Ok done membebel. Hehe anda teruja juga ke nak cuba? Boleh cari produk Cosmoderm Perfect Balanced ini secara offline dan juga online. 

Pembeli offline : Watsons, Guardian, Aeon Wellness, Farmasi


2 comments:

  1. Replies
    1. RM250 sekali box dia. Boleh refer sini

      https://www.cosmoderm.com.my/perfect-balanced-series/perfect-balanced-mini-lab-set

      Delete

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.