Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

September 11, 2021

DariDapurRA | Ayam Goreng Berempah

Assalamualaikum dan hai semua!
Nina nak share menu yang Nina selalu makan. Haha sedap :D


Cara :
1. Masukkan ayam (sekilo) dalam mangkuk
2. Masukkan bahan kisar (serai, bawang putih, bawang merah dan halia)
3. Masukkan jintan manis dan ketumbar (sagai dulu) yang sudah ditumbuk kasar
4. Masukkan serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk kari
5. Masukkan tepung jagung
6. Masukkan garam secukup rasa dan gaul semua sehingga sebati
7. Perap ayam selama 30 minit/4 jam/sehari (lagi lama lagi sedap)
8. Sambil goreng ayam boleh masukkan daun kari
9. Siap!

Boleh jenguk dekat IG okay dan follow https://www.instagram.com/ruqaiyah.amanina/. Selamat mencuba :)

DariDapurRA | Korean Spicy Chicken

Assalamualaikum dan hai semua!
Untuk entri kalini ini Nina nak share menu dari Korea. Yang ni popular ye tapi yang ni versi Nina lah :D
Bahan-bahan :
Ayam
Tepung bestari spicy
Bawang putih
Madu
Lemon
Serbuk cili
Sos cili
Kicap
Perasa

Cara :
1. Dada ayam dipotong dadu/kecil dan goreng ayam dengan tepung bestari spicy
2. Panaskan kuali dan masukkan bawang putih yang dicincang halus
3. Masukkan serbuk cili dan sos cili
4. Masukkan kicap untuk bagi warna dia pekat, madu dan sedikit perahan lemon/limau
5. Masukkan perasa
6. Masukkan ayam digoreng tadi dan gaul sehingga sebati
7. Taburkan sedikit bijan
8. Siap!

Boleh jenguk dekat IG okay dan follow https://www.instagram.com/ruqaiyah.amanina/. Selamat mencuba :)

DariDapurRA | Puding Laici Berkuah

Assalamualaikum dan hai semua!

Siapa peminat laici dekat sini? Samalah dengan Nina. Jadi jom kita buat puding yang paling simple dan sedap sangat :D

Cara penyediaan :
1. Masukkan air dan gula sehingga mendidih
2. Masukkan agar-agar dan 1/2 cawan air laici
3. Bila dah mendidih ganas, masukkan susu cair dan kacau sehingga mendidih
4. Masukkan dalam bekas/acuan dan tunggu sedikit keras taburkan laici yang telah dicarik
5. Bila puding dah keras curahkan air lebihan laici tadi
6. Masuk dalam peti
7. Siap untuk dimakan sejuk-sejuk

Boleh jenguk dekat IG okay dan follow https://www.instagram.com/ruqaiyah.amanina/. Selamat mencuba :)

July 10, 2021

Tingkatkan Kesihatan DIri dengan Produk Semulajadi Madu dan Minyak Kelapa Dara | Urban Ecolife Agrofarm

Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Hari ini Nina nak share satu produk yang sangat bagus untuk kesihatan dan dia juga salah satu makanan sunnah. Sebut makanan sunnah mestikan keluar dari mulut kita iaitu MADU, HABBATUS SAUDA' dan sebagainya. Produk ini merupakan dari Urban Ecolife Agrofarm yang adalah sebahagian daripada YAYASAN PERMAKULTUR ECOLIFE (Protem). Ia mempelopori bidang "Regenerative Agriculture 4.0" yang berasaskan pada teknologi Aquaponics ELIT dan Ecolife Integrated Technology.

Urban Ecolide Agrofarm juga sangat berharap dapat membantu menjaga alam sekitar, membekalkan makanan untuk manusia sejagat dan dapat mengelakkan kehancuran alam sekitar (Climate Disaster) yang sedang berlaku sekarang dan boleh menghancurkan tamadun abad-21 ini. Malah mereka juga mempelopori bidang tanaman herba, Agropreneur Nursery dan Pertanian Berkelompok.

Menarik bukan? Hehe jom kita tengok beberapa produk yang mereka hasilkan.
1) Madu Kelulut - mempunyai anti oksida yang tinggi serta kaya dengan antibiotik semulajadi. Rasanya manis dan sedikit masam serta tidak terlalu pekat
2) Madu Apis Mellifera - mempunyai anti oksida yang tinggi serta kaya dengan antibiotik semulajadi. Rasanya manis sesuai dijadikan sebagai pengganti gula dalam minuman harian
3) Minyak Kelapa Dara Habbatus Sauda’ - diperbuat daripada kelapa terpilih yang diproses secara fermentasi. Mengandungi asid laurik yang tinggi dan ditambah dengan kebaikan Habbatus Sauda
4) Minyak Kelapa Dara - diperbuat daripada kelapa terpilih berkualiti tinggi yang diproses secara fermentasi. Mengandungi asid laurik. Sesuai untuk diminum, disapu pada kulit, rambut dan seluruh tubuh. Membantu meningkatkan kesejahteraan tubuh badan
Secara lebih mendalam madu dan kelapa dara ini terlalu banyak khasiat untuk penjagaan kesihatan kita. Untuk pengetahuan korang, bahan yang digunakan adalah semulajadi dan tiada campuran bahan lain. Baguskan? Jom kita kaji kelebihan produk ini;

1) Madu Kelulut 
- membantu meningkatkan imunisasi badan
- membantu mengawal paras gula dalam darah
- membantu mencegah masalah pembuluh darah tersumbat
- membantu mengelakkan ketumbuhan sel-sel kanser
- membantu melegakan masalah pernafasan
- memabantu melegakan maslaah cirit-birit
- membantu mengatasi masalah sukar tidur
- membantu meningkatkan kesuburan badan

2) Madu Apis Mellifera 
- meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan
- membantu melegakan ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan
- bertindak secara antibiotic semulajadi
- membantu mengurangkan batuk atau masalah sakit tekak
- membantu menjaga kesihatan kulit agar lebih cantik
- membantu dalam melancarkan sistem pencernaan
- sesuai untuk dijadikan pengganti gula

3) Minyak Kelapa Dara Habbatus Sauda’
- membantu mengeluarkan asid urik berlebihan dari badan dan mengatasi risiko masalah gout
- mengurangkan kesukaran pernafasan dan mengatasi masalah asma, batuk dan selsema
- membantu mengurangkan masalah alahan kulit, ekzema, nappy rash, kemerahan kulit dan lain-lain
- sebagai makanan tambahan untuk membantu penghasilan susu badan
- meningkatkan sistem imun tubuh

4) Minyak Kelapa Dara 
- membantu meningkaatkan metabolisma badan dan membantu menurunkan berat badan
- mengurangkan risiko masalah jantung
- membantu menjaga kesihtan rambut agar tetap subur, sihat dan mudah diurus
- membantu melambatkan proses penuaan dan megurangkan kedutan kulit
- menstabilkan kadar gula dalam darah
- memperbaiki sistem penghadaman dan menbantu penyerapan nutrisi
- melindungi dan menjaga kesihatan buah pinggang

Cara pengambilan

1) Madu - ambil sesudu madu 2x sehari dan boleh minum bersama air kegemaran korang. Pastikan korang pakai sudu plastik ye
2) Minyak Kelapa Dara - ambil sesudu minyak 2x sehari bersama air. Boleh sapu pada kulit dan sebagai 'salad dressing'
Yang paling best produk ini sesuai untuk semua lapisan umur. Ibu yang masih menyusukan anaknya pun digalakkan ambil minyak kelapa dara ni. Sekarang musim COVID sangat sesuailah korang amalkan permakanan Sunnah ni. Selain meningkatkan kesihatan, boleh meningkatkan kecantikkan diri juga.

Selain madu dan minyak kelapa dara, mereka juga ada produk herba, benih pokok, baja dan banyak lagi. Mana yang suka berkebun, haa boleh terjah tengok tau. Dekat youtube diorang pun ada tips untuk penjagaan pokok juga. 

Boleh hubungi mereka untuk dapatkan produk ini;
Nombor telefon : 019-7183581

June 13, 2021

USB Wired Keyboard + Mouse Combo Pinky Yang Comel | Alcatroz Jellybean U2000

Assalamualaikum dan hai semua!
Memandangkan ramai yang work from home dan tidak pergi ke pejabat, masing-masing mesti menggunakan laptop atau PC sendirikan. Tapi mesti ada masalah kalau guna keypad laptop yang terhad dan susah nak guna nombor terutama pekerjaan dibahagian akaun. Jadi, Nina cuba cari keyboard dan mouse yang wired bukan wireless sebab bagi Nina guna wired lebih laju dan best. Haha tapi nak cantik better guna wireless kan. Tak serabut dan lebih minimalist. Search dekat shopee dan terjumpa satu set combo keyboard dan mouse warna pink lembut. Aaaawww! cute gituu. Actually Nina tak berapa suka dengan warna pink tapi kalau beli barang mesti ada warna pink sebab comel. Haha betul tak peminat pink sini?

Ciri-ciri yang ditawarkan

1) Keyboard 
  • Soft and Silent Keypads :
        - Slim and low-profile, the 96 unique rounded keypads with soft and silent keystrokes give a                  unique typing experience
  • UV Coated Keypads :
        - Ensures longer durability of the keypads lettering when compared with conventional silk                      screened keypads

2) Mouse
  • High-Definition 1200CPI Optical Mouse :
        - 1200CPI resolution enriches gaming experience and enhances productivity
  • High-Quality Mouse Switches :
        - With responsive and durable switches
Spesifikasi

1) USB Wired Keyboard :
- Slim and Profile
- UV Coated keycaps
- 96 unique rounded soft and silent keys with multimedia shortcut keys

2) USB Wired Mouse :
- Hi-Definition 1200CPI wired optical mouse
- Responsive and durable switches

Saiz
1) Keyboard actual size : 385.5 X 134.8 X 28mm
2) Mouse actual size : 100.5 X 60 X 35mm
Jika korang tengah mencari keyboard dan mouse yang ok dan berpatutan boleh cuba yang Jellybean ni sebab bagi Nina walaupun murah tetapi berbaloi sangat. Keypad dia pun best dan lembut, tidak berbunyi kuat sangat. Malah design dia yang Jellybean ni tambah lagi comel dan senang nak bersihkan habuk dicelah keypad. Senang nak handle dan hanya cucuk je dekat laptop atau PC korang terus boleh on. Hehe berminat boleh cuba klik SHOPEE disini ok.

March 13, 2021

Penjagaan Muka Terbaru Rumusan Dari Prebiotic + Calamine | Cosmoderm Perfect Balanced

Assalamualaikum dan hai semua!
Lama dah tak bersiarankan. Harini Nina dapat nak up entri bqaru dan nak share satu produk yang best tau. Haa siapa suka dengan kecantikkan? Mesti semua suka kan. Memandangkan kita ni perempuan memang suka kalau cantik, kulit muka yang licin dan bersih dan sebagainya. Jom baca sampai habis.

Penjagaan Muka Terbaru Rumusan Dari Prebiotic + Calamine | Cosmoderm Perfect Balanced telah mengeluarkan produk terbaru mereka yang berasakan rumusan prebiotic dan calamine yang sangat bagus untuk kulit muka. 

PREBIOTICS
Salah satu makanan kepada bakteria baik untuk ekosistem kulit yang membantu merangsang ketahanan semulajadi kulit dan memastikan mikrobioma kulit anda seimbang.

CALAMINE
Ia meredakan dan mengurangkan kegatalan pada kulit. Selain itu, mengurangkan masalah kulit berminyak dan kemerahan pada kulit. Dan juga memberikan pelindungan kulit akibat terdedah kepada cahaya matahari.

4 langkah mudah dengan Cosmoderm Perfect Balanced
1. Foaming Cleanser
2. Toning Lotion
3. Soothing Wow Cream
4. Sun Milk SPF 25 PA++
LANGKAH 1 - Membersihkan ke dalam liang pori dan kulit sambil melegakan kemerahan dan
meningkatkan penyerapan kulit dari bahan berkhasiat lain.
LANGKAH 2 - Diformulasikan dengan Prebiotik dan 20,000ppm Calamine yang mengurangkan kemerahan sambil meningkatkan keupayaan penyerapan kulit dan kelembapan kulit
LANGKAH 3 - Difomulasikan dari 30,000ppm Prebiotik yang membantu meningkatkan perlindungan permukaan kulit. Ia juga mengandungi Calamine yang membantu menenangkan, mengurangkan kemerahan dan memerangi radikal bebas. Dengan teknologi WOW (Water-in Oil-in Water), ia membantu dan mengembalikan kelembapan kulit dan meringankan cela pada permukaan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit & kulit sensitif.
LANGKAH 4 - Melindungi kulit daripada UVA dan UVB. Ia meningkatkan perlindungan permukaan kulit daripada tekanan persekitaran. Juga membantu untuk menghilangkan selaran matahari dan kulit kering.

FEEDBACK DARI NINA

Nina sangat teruja untuk cuba produk dari Cosmoderm ni sebab memang pengguna Cosmoderm. Lagi-lagi tengok pembungkusan dia yang warna pink ni yang sangat comel. Lagilah bertambah teruja dia tu. Dengan 4 langkah mudah je kulit dah boleh jadi lembut, fresh dan menjadi lebih anjal. Harap lepas ini kulit jadi wowlah kan :D

Yang paling suka sebab ada nombor di setiap produk. Jadi sangat mudah untuk mengikut langkah penggunaan dia dengan betul. Tak adalah tersasul nak pakai yang mana dulu :D
Ok done membebel. Hehe anda teruja juga ke nak cuba? Boleh cari produk Cosmoderm Perfect Balanced ini secara offline dan juga online. 

Pembeli offline : Watsons, Guardian, Aeon Wellness, Farmasi