Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

September 18, 2020

[Razky Adventure] G2G Animal Garden: Petting Zoo MAEPS, Serdang

 Assalamualaikum dan hai!

Hari cuti selalu dinantikan. Hehe masa ni lah kita nak luangkan bersama dengan keluargakan. 16 September yang lalu Nina bawa anak tengok animals. Sebab cuti sehari je dekat tengah minggu. Jadi, bawa dekat dari rumah. Jom Nina belanja sedikit gambar :)


Disini sangat sesuai kalau nak bawa anak-anak dan keluarga sebab banyak aktiviti tau. Korang nak bermanja dengan burung, bergambar dan boleh menyentuh mereka secara dengan lebih dekat. Hehe disini juga korang boleh bagi makanan sendiri dekat haiwan. Makanan haiwan berharga RM1 disediakan untuk  korang mencuba dan merasai sendiri macam mana nak berinteraksi dengan haiwan. Anak-anak juga dapat belajar pelbagai spesis haiwan disini. Memang seronok sangat. Ada anak-anak yang menangis, menjerit dan ada juga membelai binatang kegemaran mereka. Taman ni tak besar sangat dan berkonsepkan petting zoo kan. Jadi hanya 60 spesis sahaja dipamerkan untuk tontonan umum. Masa Nina datang ni kira awal lah juga tapi orang dah mula ramai. Fuhhh!


Sebenarnya banyak lagi gambar tapi Nina dah tak larat nak upload. Haha jadi korang datang sendirilah. Confirm korang suka juga!
Alamat : Jalan MAEPS 4/1, Fasa 3 Presint 9, 43400 Serdang, Selangor
Tel : 019-9256852

1 comment:

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.