Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

May 29, 2020

MasakMasakbyRA | Tepung Pelita

Assalamualaikum dan hai semua!
Entri kali ni Nina nak share untuk buat kuih atau pencuci mulut gituwww! Hehe jom tengok bahan dia. Senang je :D

Lapisan Hijau

1 cawan tepung beras (semua tepung beras boleh guna selain cap gajah 5)
1 cawan gula halus
4 cawan air
Daun pandan
Pewarna hijau

Cara :

1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisarkan sehingga sebati
2. Tapis dan masukkan ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana dan kacau sehingga menjadi pekat (sekejap je dia jadi pekat. Kalau dah susah nak gaul tu kira dah pekat @ bila dia ada keluar buih tu dah masaklah)
3. Masukkan ke dalam bekas dan ketepikan dulu. Sebelum masuk dalam bekas tu taburkan sedikit gula yang telah dikisar halus bagi dia cair sendiri
4. Siap!


Lapisan Putih
1 kotak santan kecil
3 cawan air
4 sudu makan tepung beras
Garam


Cara :

1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati
2. Masakkan dengan api sederhana dan kacau hingga menjadi pekat (sekejap je dia jadi pekat. Kalau dah susah nak gaul tu kira dah pekat @ bila dia ada keluar buih tu dah masaklah)
3. Tuang ke dalam bekas lapisan hijau tadi dan biarkan sejuk dulu baru boleh makan (masuk dalam peti dulu ke lagi tambah sedap)
4. Siap!

Boleh jenguk dekat IG okay dan follow https://www.instagram.com/ruqaiyah.amanina/. Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.