Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

May 4, 2020

MasakMasakbyRA | Nasi Lemak + Sambal Ikan Bilis

Assalamualaikum dan hai semua!
Rasanya rata-rata pasti menyukai nasi lemak kan. Menu yang selalu ada dekat kedai untuk breakfast atau ada juga yang dijadikan makan malam. Sedap je kan :D
Inilah rupa dia setelah siap dimasak. Hehe percubaan yang kira Nina berjayalah. Senang je rupanya cuba agak lenyah sebab masak nasi lagi masak ikan bilis dia lagi, telur ke apa ke itu tambahan ikut kesukaan masing-masinglah ye. Husband suka nasi lemak sotong tapi tak ada stok sotong dekat rumah. Hehe
Cara masak :
Nasi lemak
1. Masak nasi dengan air secukupnya. Sukatan air bergantung kepada beras seperti masak nasi biasa
2. Masukkan garam dan juga daun pandan dalam rice cooker dan masak seperti biasa
3. Bila mendidih dan air hampir kering, masuk pula hirisan halia dan santan pekat
4. Kacau rata. Sambung hingga nasi masak
5. Siap

Sambal Ikan Bilis
1. Goreng ikan bilis dulu angkat letak tepi dulu
2. Masukkan bawang merah kecil dan bawang putih yang telah ditumbuk halus. Masak sehingga bau naik
3. Masuk cili boh/giling dan masak sehingga minyak naik
4. Masukkan sos cili, kicap nak bagi warna gelap dan bawang besar
5. Perasa dengan garam, gula dan sedikit gula kabung
6. Masuk ikan bilis tadi dan kacau rata
7. Siap

Extra (optional) :
1. Telur rebus/goreng
2. Timun
3. Ayam goreng
4. Sambal sotong

Boleh jenguk dekat IG okay dan follow https://www.instagram.com/ruqaiyah.amanina/. Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.