Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

May 4, 2020

MasakMasakbyRA | Nasi Briyani + Kari + Papadom

Assalamualaikum dan hai semua!
Next kita cuba briyani ayam pula ye. Sama je resepi nasi ni dengan entri sebelum ni tapi beza dia Nina tambah ayam dalam nasi tu.
Cara masak seperti di bawah :

Nasi Briyani (masak terus dalam periuk nasi)
1. Masukkan butter (minyak sapi tak ada)
2. Tumis bawang dan 4 sekawan sehingga naik bau
3. Masukkan ayam dan tumis sebentar
4. Masukkan rempah nasi briyani dari @maggi.malaysia sehingga naik minyak
5. Masukkan tomato dan beras yang telah dibasuh dan gaul seketika
6. Masukkan air dan gaul rata
7. Tutup penutup periuk dan tunggu nasi masak seperti biasa
8. Siap!

Kari
1. Tumis bahan tumbuk (bawang merah, bawang putih dan halia), 3 sekawan sehingga naik bau
2. Masukkan perencah kari yang telah dibancuh bersama air sehingga pecah minyak
3. Masukkan air, bawang besar, lobak dan kentang yang telah direbus dulu sehingga empuk
4. Masukkan sedikit serbuk cili
5. Perasakan dengan gula dan garam
6. Siap!

Papadom
1. Goreng dengan minyak yang panas
2. Siap!

Boleh jenguk dekat IG okay dan follow https://www.instagram.com/ruqaiyah.amanina/. Selamat mencuba :)

1 comment:

  1. Sedapnya klau jadikan menu berbuka ni. Terliur. hehe . Aril singgah sini jap ehh...

    ReplyDelete

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.