Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

May 2, 2020

MasakMasakbyRA | Murtabak Mini Sardin

Assalamualaikum dan hai semua!
Resepi kali ini sama macam sebelum ni tapi kita guna sardin pula. Nina masih guna atau salut dengan kulit popia tau. Rangup diluar lembut didalam. Serius sedap :D
Wow tengok pun dah boleh terliurkan. Korang boleh buat bentuk pelbagai ye. Nina malas buat petak je senang. Hehe
Cara masak :
1. Tumis bawang merah & putih sampai naik bau/kekuningan
2. Masukkan sos cili & tomato, cili giling & ubi kentang. Masak hingga ubi empuk
3. Masukkan sardin (ambil kuah sardin sedikit sahaja) yang telah dihancurkan
4. Perasakan dengan gula & garam dan dah siap tu masuk dalam mangkuk
5. Pecahkan telur dan gaul
6. Lepastu baru letak sedikit dekat kulit popia dan lipat ikut citarasa korang (nak buat 3 segi ke 4 segi ke gulung ke)
7. Dah boleh goreng. Siap!

Senangkan. Boleh jamu dengan kari ke apa ke. Tapi ni pun makan gitu pun dah sedap giler. Hehe

Boleh jenguk dekat IG okay dan follow https://www.instagram.com/ruqaiyah.amanina/. Selamat mencuba :)


2 comments:

  1. salam, memang sedap murtabak dengan kulit popia ni kan, saya pun dah buat banyak kali sebab anak-anak suka..:)

    ReplyDelete

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.