Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

May 31, 2020

SEGMEN KAD RAYA 2020 NANIENA.COM

Assalamualaikum dan hai semua!
INI STICKY POST SEHINGGA 31/05/2020
Syarat-syarat penyertaan :
  1. Buat satu entri bertajuk : SEGMEN KAD RAYA 2020 NANIENA.COM 
  2. Copy banner segmen di atas masukkan ke dalam entri segmen dan tag beberapa rakan anda
  3. Follow blogFollow instagramFollow/Add facebookLike page facebook (Saya akan check yee.. Jangan tipuu tauu :D) 
  4. Lepas itu, dah boleh submit url entri bawah kotak komen segmen ini sahaja
  5. Segmen bermula 19.05.2020-31.05.2020
Hadiah :
  • KAD RAYA LIMITED 2020
  • KAD RAYA LIMITED 2019/2018
Selamat Bersegmen :)

May 27, 2020

PG Mall Maybank QR Pay Cashback

Assalamualaikum and hai!

Who doesn’t love online shopping? We are excited to introduced a Malaysia online shopping platform that operated by PG Mall Sdn. Bhd. (836625-K) and backed by PG Group. Established since 2017, PG Mall www.pgmall.my is a Malaysia no.1 e-commerce platform and the only local e-commerce platform in Malaysia. All under one roof shopping destination which is it have a wide range of product selection ranging from electronics, fashion, books, home & living, food & beverages, sports & leisure, kids & baby, health & beauty, automotive to e-vouchers. You can shop anytime, anywhere from your computer and mobile phone.
PG Mall also been ranked as one of top 3 at Iprice insight report (refer https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/). Indeed this will be another milestone in PG Mall’s success stories. This shown PG Mall become be trusted and known in Malaysia.

Good news if you’re a Maybank QRPay or MAE user as you can enjoy up to 20% cashback (capped at RM20) with a minimum expenditure of RM30 via Maybank QRPay or MAE. The cashback is valid for 2 times of usage within the campaign period in 04/05/2020 until 26/06/2020.
For durian runtuh, you can get 2 times of cashback (2 times x RM20 = RM40) per Maybank account to shop on PGMall. In addition, PG Mall is the only platform in Malaysia to accept all e-wallets (Touch ‘n Go eWallet, GrabPay, Boost) and also QRPay as payment method.

For every purchase made, each shopper stands to enjoy cashback up to 3.5%. These cashback rewards will go on forever as long as you or your referrals continue to shop at PG Mall. Hence they called it “Forever Cashback”.
In PG Mall, they practise the consumerchant concept that derived from the words, “Consumer” and “Merchant”. This is for profit sharing economy business model that empowers consumers/shoppers, young or old to be entrepreneurs and build a permanent business empire with PG Mall that value them with long-term business partners and offer them continuous cashback rewards in return for their purchase and continued support.


More details, can visit their social media
Website: https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=164
Facebook: PGMallOfficial, https://www.facebook.com/PGMallofficial/
Instagram: PGMall.my, https://www.instagram.com/pgmall.my/

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #MaybankQRPayCashback #Maybank2u #Maybank #ShopOnline # Shopfromhome

*advertorial

May 4, 2020

MasakMasakbyRA | Nasi Briyani + Kari + Papadom

Assalamualaikum dan hai semua!
Next kita cuba briyani ayam pula ye. Sama je resepi nasi ni dengan entri sebelum ni tapi beza dia Nina tambah ayam dalam nasi tu.
Cara masak seperti di bawah :

Nasi Briyani (masak terus dalam periuk nasi)
1. Masukkan butter (minyak sapi tak ada)
2. Tumis bawang dan 4 sekawan sehingga naik bau
3. Masukkan ayam dan tumis sebentar
4. Masukkan rempah nasi briyani dari @maggi.malaysia sehingga naik minyak
5. Masukkan tomato dan beras yang telah dibasuh dan gaul seketika
6. Masukkan air dan gaul rata
7. Tutup penutup periuk dan tunggu nasi masak seperti biasa
8. Siap!

Kari
1. Tumis bahan tumbuk (bawang merah, bawang putih dan halia), 3 sekawan sehingga naik bau
2. Masukkan perencah kari yang telah dibancuh bersama air sehingga pecah minyak
3. Masukkan air, bawang besar, lobak dan kentang yang telah direbus dulu sehingga empuk
4. Masukkan sedikit serbuk cili
5. Perasakan dengan gula dan garam
6. Siap!

Papadom
1. Goreng dengan minyak yang panas
2. Siap!

Boleh jenguk dekat IG okay dan follow https://www.instagram.com/ruqaiyah.amanina/. Selamat mencuba :)

MasakMasakbyRA | Telur Bistik

Assalamualaikum dan hai semua!
Telur bistik ni memang selalu sangat order. Ringkas tapi sedap. Penuh dengan sayur. Haa kira cukuplah makan ni je :D
Cara masak :
1. Pecah telur dan kacau sehingga berbuih dan masukkan garam dan ayam
2. Masak telur seperti biasa dan angkat letak ketepi dulu
3. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga bau naik
4. Masukkan sos cili, tomato dan sos tiram dan tambah air
5. Masukkan lobak, kobis, seleri, dan hotdog
6. Perasakan dengan garam dan gula
7. Dah siap tuang atas telur

Boleh jenguk dekat IG okay dan follow https://www.instagram.com/ruqaiyah.amanina/. Selamat mencuba :)

MasakMasakbyRA | Nasi Lemak + Sambal Ikan Bilis

Assalamualaikum dan hai semua!
Rasanya rata-rata pasti menyukai nasi lemak kan. Menu yang selalu ada dekat kedai untuk breakfast atau ada juga yang dijadikan makan malam. Sedap je kan :D
Inilah rupa dia setelah siap dimasak. Hehe percubaan yang kira Nina berjayalah. Senang je rupanya cuba agak lenyah sebab masak nasi lagi masak ikan bilis dia lagi, telur ke apa ke itu tambahan ikut kesukaan masing-masinglah ye. Husband suka nasi lemak sotong tapi tak ada stok sotong dekat rumah. Hehe
Cara masak :
Nasi lemak
1. Masak nasi dengan air secukupnya. Sukatan air bergantung kepada beras seperti masak nasi biasa
2. Masukkan garam dan juga daun pandan dalam rice cooker dan masak seperti biasa
3. Bila mendidih dan air hampir kering, masuk pula hirisan halia dan santan pekat
4. Kacau rata. Sambung hingga nasi masak
5. Siap

Sambal Ikan Bilis
1. Goreng ikan bilis dulu angkat letak tepi dulu
2. Masukkan bawang merah kecil dan bawang putih yang telah ditumbuk halus. Masak sehingga bau naik
3. Masuk cili boh/giling dan masak sehingga minyak naik
4. Masukkan sos cili, kicap nak bagi warna gelap dan bawang besar
5. Perasa dengan garam, gula dan sedikit gula kabung
6. Masuk ikan bilis tadi dan kacau rata
7. Siap

Extra (optional) :
1. Telur rebus/goreng
2. Timun
3. Ayam goreng
4. Sambal sotong

Boleh jenguk dekat IG okay dan follow https://www.instagram.com/ruqaiyah.amanina/. Selamat mencuba :)

May 2, 2020

MasakMasakbyRA | Murtabak Mini Sardin

Assalamualaikum dan hai semua!
Resepi kali ini sama macam sebelum ni tapi kita guna sardin pula. Nina masih guna atau salut dengan kulit popia tau. Rangup diluar lembut didalam. Serius sedap :D
Wow tengok pun dah boleh terliurkan. Korang boleh buat bentuk pelbagai ye. Nina malas buat petak je senang. Hehe
Cara masak :
1. Tumis bawang merah & putih sampai naik bau/kekuningan
2. Masukkan sos cili & tomato, cili giling & ubi kentang. Masak hingga ubi empuk
3. Masukkan sardin (ambil kuah sardin sedikit sahaja) yang telah dihancurkan
4. Perasakan dengan gula & garam dan dah siap tu masuk dalam mangkuk
5. Pecahkan telur dan gaul
6. Lepastu baru letak sedikit dekat kulit popia dan lipat ikut citarasa korang (nak buat 3 segi ke 4 segi ke gulung ke)
7. Dah boleh goreng. Siap!

Senangkan. Boleh jamu dengan kari ke apa ke. Tapi ni pun makan gitu pun dah sedap giler. Hehe

Boleh jenguk dekat IG okay dan follow https://www.instagram.com/ruqaiyah.amanina/. Selamat mencuba :)


MasakMasakbyRA | Nasi Briyani + Ayam Sambal Merah

Assalamualaikum dan hai semua!
Ok next menu dan resepi Nina nak share ialah nasi briyani dan lauknya ayam masak sambal merah. Actually nak masak kari tapi nanti Nina share entri lain ye. Hehe

Nampak sedapkan? Heh eehh mestilah sedap. Nina guna perencah Maggi ni tau. Senang sangat nak masak. Yang tak reti masak macam Nina pun boleh masak :D
 Cara masak (masak terus dalam periuk nasi) :
1. Masukkan butter (minyak sapi tak ada)
2. Tumis bawang dan 4 sekawan sehingga naik bau
3. Masukkan rempah nasi briyani dari Maggi sehingga naik minyak
4. Masukkan tomato dan beras yang telah dibasuh dan gaul seketika
7. Masukkan air dan gaul rata
6. Tutup penutup periuk dan tunggu nasi masak seperti biasa
7. Siap!

Boleh jenguk dekat IG okay dan follow https://www.instagram.com/ruqaiyah.amanina/. Selamat mencuba :)

MasakMasakbyRA | Murtabak Mini Ayam

Assalamualaikum dan hai semua!
Ok hairni sis nak meraton update resepi je. Haha sebab dah terlalu lama tak up entri baru, jadi entri ni penuh dengan resepi je tauu. Menu pertama ialah murtabak mini ayam iaitu kita gunakan kulit popia je. Sedap tauuu!

Inilah rupa dia ye. Sis buat entri ringkas. Tak nak bebel banyak sangat. Haha nak terus tengok resepi je ye. Jom tengok bahan dia di bawah ini :)
Cara masak:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang merah, bawang putih sehingga naik bau
3. Masukkan serbuk kari yang telah dicampur dengan air
4. Masukkan kentang, daging kisar, daun sup
5. Masak sehingga nampak garing dan angkat letak dalam mangkuk
6. Masuk telur dan gaul
7. Lepastu baru letak sedikit dekat kulit popia dan lipat ikut citarasa korang (nak buat 3 segi ke 4 segi ke gulung ke)
8. Dah boleh goreng. Siap!

Senangkan. Boleh jamu dengan kari ke apa ke. Tapi ni pun sedap dimakan begitu saja. Hehe


Boleh jenguk dekat IG okay dan follow https://www.instagram.com/ruqaiyah.amanina/. Selamat mencuba :)