Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

September 23, 2019

Mengukir Senyuman Di Bangkok Bersama Singapore Airlines

Assalamualaikum dan hai semua!
Mungkin ada yang tak berapa pasti nak ke Bangkok menaiki kapal terbang apa. Kalau Sis lah kan memang akan pilih Singapore Airlines. Tapi mesti ramai yang masih macam tak pasti kenapa Sis sangat suka dengan Singapore Airlines kan? Alasan dia simple je, Sis nak satu penerbangan yang boleh dipercayai, terbaik dan yang akan memastikan sepanjang tempoh perjalanan Sis tu terasa santai, mesra dan selesa. Dan lagi satu sebabnya Singapore Airlines ni selalu juga tawarkan harga di singapore airlines online booking yang super mantop. So bila ada je tawaran, Sis memang grab cepat-cepat demi nak pastikan setiap percutian Sis tu akan dapat layanan hospitaliti yang setaraf world class pada harga yang sangat berbaloi.
Ramai juga kengkawan Sis cakap alasan nak kena naik Singapore Airlines ni memang dengar macam tak meyakinkan. Tapi biarlah Sis beritahu fasiliti yang diorang sediakan untuk para penumpang di Singapore Airlines. Kalau korang dengar mesti tak sabar nak terjah Traveloka untuk dapatkan tawaran book cheap flights to bangkok online juga. 

Tentulah kalau ke Bangkok mesti nak memborongkan. Haa sesuai sangatlah naik Singapore Airlines ni sebab ia memberikan 30 kg ruang bagasi komplimentari walaupun korang duduk kelas ekonomi. Kalau korang beli seat yang lebih havoc, bagasi korang boleh cecah sampai 50 kg tau. Tapi kalau korang rasa macam tak cukup, Sis nak bagitahu satu tips ni. Korang boleh pergi daftar jadi ahli KRISFlyer dah boleh dapat tambahan 20 kg percuma untuk destinasi tertentu. Oh ya, selain tu boleh kumpul frequent-flier point dan korang boleh tebus untuk penerbangan percuma, naik taraf tempat duduk atau guna untuk berbelanja di KRIS Shop. 

Ada juga yang tanya kat Sis, Singapore Airlines ni all-in-fare ke? Ya, dengan harga tiket tersebut korang akan nikmati komplimentari bagasi, makanan dan in-flight entertainment. Cakap pasal in-flight entertainment, Sis gerenti yang korang mesti excited kerana Singapore Airlines ada menyediakan pakej hiburan seperti movie terbaru, program tv, muzik dan boleh main games. Korang jugak boleh streaming terus ke smartphone, best kan? Plus Singapore Airlines juga ada sediakan khidmat internet dan roaming, tapi yang ni berbayar. So Sis nak up sikit lagi kelebihan jadi KRISFlyer ialah korang dapat 30 MB data internet percuma. Kalau yang booked First Class or Business Class tu korang automatically dapat 100 MB percuma. Yeayyy!!! Boleh main whatsapp even berada kat atas awan. 
Sis pulak selalu booked kelas economy or premium economy sebab seatnya yang luas dan selesa. Tapi kalau korang nak seat yang boleh transform ke katil, Sis nasihatkan beli jenis cabin First Class atau Business Class. Bab makanan pula, korang boleh minta makanan khas tapi kena beritahu Singapore Airlines sekurangnya 24 jam sebelum penerbangan. Bestkan servis dorang ni. Itu pasal Singapore Airlines ni boleh menang anugerah World’s Best Airline 2018. 
Tapi kat Bangkok tu ada apa yang best? Untuk kaki shopping sampai je ke Bangkok boleh terus menuju ke Terminal 21 atau ke Pasar Terapung Damnoen Saduak. Hari Sabtu dan Ahad pula teruskan ke Chatuchak Market yang ada lebih 8,000 gerai tu. Kalau ke sini wajib bawa peta dan boleh sesat dalam pasar sebab sangat luas. Korang yang lebih suka santai pula boleh melawat ke Grand Palace, Wat Arun, dan Wat Traimit, yang mempunyai senibina yang unik dan mengagumkan. Untuk korang yang suka bergambar pula boleh pergi ke Siam Paragon dan Airplane Graveyard sememangnya tempat yang deabak. Oh satu lagi tempat yang menarik ialah Chang Chui Market. Korang boleh santai kat sini dan uniknya di sini ada kapal terbang yang merupakan sebuah restoran dan kat pasar ni juga ada tayangan gambar movie classics. Penat berjalan-jalan jom relaks dan cuba urutan Thai Massage di Wat Pho Thai Traditional Massage. Satu lagi tarikan paling terkenal di Bangkok ialah Festival Songkran yang berlangsung pada 13hb sehingga 15hb April setiap tahun. Kalau nak merasa kemeriahan pesta lawan air ni wajib datang pada tarikh tersebut tau. 
Dah happy-happy kat Bangkok tu jangan lupa balik Malaysia. So untuk Sis lah kan, memang berbaloi kalau korang ke Bangkok naik Singapore Airlines dan jangan lupa pergi ke Traveloka untuk check tawaran yang best-best.

*advertorial

7 comments:

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.