Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

August 19, 2019

Movie Review/Premiere Screening | Stuber

Assalamualaikum dan hai semua!
Lambat update sebab kekangan waktu. Haha 14/08/2019 yang lalu husband tengok wayang tiket Premiere Screening ni :D
Image result for stuber malaysia
Sinopsis:
Filem ini berkisarkan tentang seorang pemandu Uber bernama Stu yang secara tiba-tiba terlibat dengan situasi huru-hara selepas mengambil seorang detektif sebagai penumpang. Detektif itu sedang memburu seorang pengganas dan Stu kini perlu memastikan dirinya selamat sambil membantu penumpangnya.
Review sendiri :
Filem ini merupakan komedi aksi yang kelakar dan best. Hehe cerita mengenai pemandu Uber, Stu yang terlalu obses untuk mendapatkan 5 bintang review pertamanya di aplikasi bersama polis, Vic yang rabun dan misi polis tersebut ingin menangkap penjahat yang menyebabkan kawannya mati ditembak. Namun Vic tidak dapat melakukan tugasnya sendirian kerana ia baru saja menjalani operasi laser mata. Operasinya ini membuat penglihatan belum sempurna dan Vic mendapat info mengenai penjahat itu dan terus bergegas keluar untuk memburu penjahat tersebut. Lepas itu, Vic menelefon Uber untuk memandunya ke seluruh bandar untuk menangkap seorang raja dadah yang terkenal bernama Oka Teijo. Stu mendapati dirinya terjebak ke dalam pengembaraan yang tidak dijangka. Akhirnya, keduanya menghadapi Teijo. Berhasilkah mereka mengalahkan Teijo? Saksikan penuh movie ini di pawagam terdekat anda :)
★★★★

5 comments:

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.