Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

May 16, 2019

Menjamu Selera dengan Nasi Kambing | Warong D'Makan

Assalamualaikum dan hai semua!
Isnin yang lalu Nina dan husband berbuka di salah satu kedai yang merupakan febret husband. Hehe sambil gunting rambut dan cuci kereta. Jadi sampai je kedai dalam pukul 6 lebih terus booked. Alhamdulillah masih kosong lagi.

Siapa yang masih mencari port nak berbuka ke Nina suggest sangat dekat sini sebab makanan dia sedap. Haha jangan lupa order NASI KAMBING dia tau! Memang terbaik! Haha dengan kuah dia tu perghh.. Ada pedas sikit. Yang suka pedas memang ni lah makanan korang. Tapi korang kena tunggu sikit sebab dia masak setiap kali order. Tunggu turn sebab ramai yang datang sini memang wajib rasa nasi kambing dia. Servis dia ok je.

Ni lah menu kami berdua. Tak banyak pun sebab kambing ni pun dah cukup kenyang dah. Hehe nasi kambing ni set sekali dengan nasi tau. Harga tak silap dalam RM11 satu pinggan. Ada juga promosi bulan Ramadhan ni dengan menyediakan set menu untuk 2 orang dan 4 orang. Harga berpatutan je. 
Kedai ni memnag selalu penuh tau. Mana yang berdekatan boleh singgah ke kedai ni;
Warong D'Makan
No 1-1, Ground Floor, Jalan Selasih J U12/J, 
Seksyen U12, Taman Cahaya Alam,
40170 Shah Alam, Selangor
Tel : 019-344 3763

No comments:

Post a Comment

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.