Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

March 20, 2019

Pengalaman Mengikuti MC IG Ads by SifufBads

Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Hai kembali lagi Nina nak update entri pada tahun ni. Maaf jika kunjungan anda ke Blog Hijau ni masih disitu juga entri kan. Haha ok harini Nina nak share pengalaman mengikuti kelas IG Advertising ni. 

Jika korang biasa tengok dekat news feed facebook pasti akan naik iklan sifu ni kan? Hehe Nina mengikut suami turut serta dalam kelas ni. Ni merupakan kali pertama kami pergi dan tak tahu macam mana keadaan di sana. Excited pun ada :D
Kelas ini berlangsung pada 17 Mac yang lalu di IDCC Shah Alam. Kami ingat tak ramai. Tak sangka penuh dewan dan ramai giler. Sebab ramai kami dapat duduk belakang tapi tak apa ilmu tu kalau kita fokus inshaALLAH sampai. Hehe


Ilmu yang diajar ni sangat berguna untuk mereka yang baru nak berniaga atau dah berniaga tapi selalu je sales turun naik turun naik kan. Nak tetap maintain dengan sales kita tu dan menjadi orang yang berjaya dalam perniagaan. Sifu ajar macam mana nak kuasa periklanan di instagram dan sedikit ilmu di facebook. Sangat best! Kita ni kena berguru baru menjadi. Ni Nina baru nak start balik belajar. InshaALLAH kita praktik ilmu yang sifu bagi ni. Sifu ni pun tak kedekut ilmu dan jawab je pertanyaan mereka yang datang.

Untuk kelas ni ada 2 bahagian: VIP dan biasa. Nina ambil yang biasa je. Haha untuk pengetahuan korang kelas ni macam basic tau. Dia ada bermacam kelas lagi. Bolehlah usha mana kelas yang korang berminat tu.

Lagi satu Sifu baru lancarkan buku terbaru beliau. Dapatkan segera tau! Buku yang sangat sempoi sebab Sifu guna ayat kita je. Haha tak skema sangat :)

Untuk lebih lanjut boleh tekan link ini


No comments:

Post a Comment

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.