Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

June 23, 2019

SEGMEN KAD RAYA 2019 NANIENA.COM

Assalamualaikum dan hai semua!
Syarat-syarat penyertaan :
  1. Buat satu entri bertajuk : SEGMEN KAD RAYA 2019 NANIENA.COM 
  2. Copy banner segmen di atas masukkan ke dalam entri segmen 
  3. Follow blog, Follow instagram, Follow/Add facebook, Like page facebook
  4. Tag beberapa rakan anda
  5. Lepas itu, dah boleh submit url entri bawah kotak komen segmen ini sahaja
  6. Segmen bermula 17.05.2019-24.05.2019 *DILANJUTKAN SEHINGGA DIBERITAHU
Hadiah : *update 15/06
  • 25 x KAD RAYA LIMITED 2019
  • 25 x KAD RAYA LIMITED 2018
Selamat Bersegmen :)

May 21, 2019

Pros and Cons of Buying a Condominium

Assalamualaikum dan hello everyone!
Buying your first home is a milestone in your life. It is also an investment that involves a huge sum of money. With so many properties for sale and rent in Malaysia recently, such as Mont Kiara condo for rent, it can be really confusing to decide what property to buy: landed property or condominium. This article will guide you through the pros and cons of buying a condominium. 

First of all, a condominium is a private residence that shares common areas, such as swimming pool, gymnasium, playground or community hall. You will also need to pay for monthly maintenance fees to keep the condominium in good condition. 


Pros



1. Less maintenance

One of the biggest advantages of staying in a condominium is that the management will do the maintenance for you. The management team will cut the grass, maintain the gymnasium, clean the swimming pool, fix the roof for you as long as you pay for the maintenance and management fees. You do no need to worry about finding someone to repair all these. This is definitely an advantage for those who are busy with work, or those who travel a lot, or those who just do not like to deal with chores like these. 


2. Security 

Most, if not all condominiums are located in a gated compound, with professional securities that keep the compound safe. If you are single, staying alone and are concern about security, staying in a condominium will definitely be the best choice for you. Staying in a condominium will give you a sense of reassurance because it reduces the risk of home break-ins. In addition, you are staying in a close proximity to many people, which means, in case of emergency, you will have plenty of neighbors to turn to for help. 


3. Amenities

Staying in a condominium will also allow you to enjoy all the amenities provided. Want a gymnasium? There is one. Need a swim? There is a swimming pool. Need a community clubhouse to host event? There is one provided. These amenities are provided if you stay in a condominium. All these can be found just under your unit. There is no need for you to drive out to the gymnasium, or the public swimming pool. Definitely great for those who would prefer to have all these amenities within close proximity. By close, it means 5 minutes walk from your unit. 

4. Proximity to city
Let’s admit it, nobody likes getting stuck in traffic congestion. It is a waste of time. Most condominiums are located close to city. Many offices are located in the city so staying in a condominium is a good choice for those who prefer to walk, or commute by taking public transportation such as train to their jobs. Staying close to your workplace can save you lots of time and thousands of dollars every year in terms of petrol, car maintenance cost, tolls fees, and parking fees. In addition, staying near the city also means nearer to shopping malls. This is also convenient for those who love shopping or those who need to get their grocery shopping done. 


Cons



1. Potentially mismanaged funds

There is a risk that your monthly maintenance fees will be misused or mismanaged by the management team. You might think that a monthly RM500.00 maintenance fee would ensure everything to be taken care of, but that is not always the case. A well managed maintenance fund will make sure the fees collected will be put to good use, i.e. clean and well maintained compound. 


2. Lack of privacy 

Another downside of staying in a condominium is that you lack the privacy you get from staying in a landed property. Staying in a condominium means you have neighbors on all sides of your walls, and also the above and below of you as well. You will have neighbors going up and down the hall or passing by your unit all day long, day and night. You will also hear them celebrating, arguing or newborn crying every other day. Therefore, condominium might not be the best choice for you if you are looking for a peaceful and quiet home. 


3. Lots of rules

Staying in a condominium means you have to abide the rules and regulations set by the management. You will also need to ask for permission or make a booking before you use the community hall or badminton court. And if the management denies your request, you are out of luck. There might be an overwhelming extensive list of rules that owners have to abide by. For example, the number of pets you are allowed to have, or even no pets allowed. They might also set limits on the number of visitors you can have on certain days or certain hours. So if you are not okay with abiding someone else’s rules, staying in a condominium is definitely not for you. 

Ultimately, the choice is yours. It is completely up to you to decide whether to buy a landed property or a condominium. As long as you are financially stable, go for the one that suits your needs most.

May 16, 2019

Menjamu Selera dengan Nasi Kambing | Warong D'Makan

Assalamualaikum dan hai semua!

Nina nak review satu lagi kedai makan ni. Isnin yang lalu Nina dan husband berbuka di salah satu kedai yang merupakan febret husband. Hehe sambil gunting rambut dan cuci kereta. Jadi sampai je kedai dalam pukul 6 lebih terus booked. Alhamdulillah masih kosong lagi.

Siapa yang masih mencari port nak berbuka ke Nina suggest sangat dekat sini sebab makanan dia sedap. Haha jangan lupa order NASI KAMBING dia tau! Memang terbaik! Haha dengan kuah dia tu perghh.. Ada pedas sikit. Yang suka pedas memang ni lah makanan korang. Tapi korang kena tunggu sikit sebab dia masak setiap kali order. Tunggu turn sebab ramai yang datang sini memang wajib rasa nasi kambing dia. Servis dia ok je.

Ni lah menu kami berdua. Tak banyak pun sebab kambing ni pun dah cukup kenyang dah. Hehe nasi kambing ni set sekali dengan nasi tau. Harga tak silap dalam RM11 satu pinggan. Ada juga promosi bulan Ramadhan ni dengan menyediakan set menu untuk 2 orang dan 4 orang. Harga berpatutan je. 
Kedai ni memnag selalu penuh tau. Mana yang berdekatan boleh singgah ke kedai ni;
Warong D'Makan
No 1-1, Ground Floor, Jalan Selasih J U12/J, 
Seksyen U12, Taman Cahaya Alam,
40170 Shah Alam, Selangor
Tel : 019-344 3763

May 12, 2019

Berbuka Puasa Bersama Rakan | K'chiangmai Ikan Bakar Gombak

Assalamualaikum dan hai semua!

Nina nak review satu kedai makan ni. Semalam Nina mengikut husband pergi berbuka dengan officemate dia di salah sebuah restoran ikan bakar di Gombak. Kedai ni kalau korang lalu di highway Duke akan nampak sebab memang berhadapan je highway. Hehe 

Kami gerak ke sana dalam pukul 6 macam tu dan singgah dahulu di surau yang berdekatan untuk solat dan baru makan. Untuk iftar ni baik korang booked dulu sebab nanti dia reservedkan meja untuk kita. Memang ramai iftar dekat sini. Penuhlah juga. Sampai nanti cari je meja kita dekat mana. Meja kami dekat luar bawah lampu pula tu. Hehe seronok sikitkan terbuka. Senang nak borak dan gelak-gelak.

Untuk menu dekat sini bermacam jenis lauk, konsep dia sama macam restoran Seafood Thai. Dekat sini dia ada pakej lauk/set dan boleh je order berasingan. Kami order berasingan mengikut selera masing-masing. Dah nama restoran ikan bakar kan, mestilah Nina dan husband memilih ikan bakar. Hehe febret Nina kot ikan bakar terutamanya ikan keli dan cencaru.
Cencaru Bakar = RM13
Keli Bakar = RM8
Ikan Bakar dekat sini sedap ooo. Haha walaupun harga agak mahal sedikit tetapi berpatutan dan berbaloi sebab ikan besar. Puas nak makan. Sos dia pun sedap dan memang rasalah.
Selain itu, Nina order sotong goreng tepung. Ya Ampun, sedap sangat nih! Hehe tak tipu. Sotong besar dan sos dia pun sedap. Harga dia mengikut berat ye. Bila makan tu nak lagi nak lagi sampailah dah habis makan.
Sayur Campur = RM6
Last menu kami iaitu sayur campur ni. Ni untuk makan sorang ye. Bolehlah cukup untuk Nina. Hehe sedap juga.

Untuk mereka yang ingin mencuba/lalu area sini ke dan masih mencari restoran mana untuk berbuka nanti, haa boleh singgah di restoran mereka ni tau;

K'chiangmai Ikan Bakar
No 6, Jalan PPS 1,
Selaseh Commercial Centre, 
68100 Batu Caves, Selangor
Tel : 019-323 2772
Dibuka setiap hari
(11.30 pagi - 11.30 malam)

May 11, 2019

Movie Review | Pokémon Detective Pikachu

Assalamualaikum dan hai semua!
Hari ini hujung minggu jadi Nina dan husband bercadanglah tengok wayang. Hehe cerita kartunlah pilihan kami kali ini :D
Sinopsis:
Detektif Ace, Harry Goodman hilang secara misteri dan mendorong anaknya, Tim, untuk mengetahui apa yang berlaku. Membantu dalam penyiasatan itu adalah rakan kongsi bekas Pokémon Harry, iaitu detektif Pikachu yang hebat dan bijak. Mereka ditemukan untuk saling melengkapi dalam bekerja bersama kerana Tim adalah satu-satunya manusia yang boleh bercakap dengan Pikachu. Mereka bergabung untuk membongkar misteri tersebut.

Review sendiri :
Cerita yang menarik dan Pikachu sangat comel dalam cerita ini. Haha sesuai bawa anak-anak pergi tonton sebab cerita yang tidak terlalu ganas. Cerita ni mula dah ada konflik sebab ayah dia kemalangan dan hilang secara misteri. Anak dia pun ada konflik dengan ayahnya pun dah lama tak tinggal bersama sebab Tim duduk bersama neneknya sejak kematian ibunya. Tim mula menyelongkar segala misteri tersbut dan terjumpa rakan kongsi ayahnya, Pikachu dan hanya TIm je yang boleh paham dan bercakap dengannya. Sejak itu, Nina nak rasa ingin tahu apa lepas ini berlaku. Haha rupa-rupanya...Haa nanti tengok sendiri ye kesudahan dia :D
★★★★

May 4, 2019

Tips Warna Baju Yang Sesuai Mengikut Warna Kulit

Assalamualaikum dan hai semua!
Selamat pagi! Hujung minggu ni pergi mana? Cari baju raya ke tudung raya ke? Hehe untuk entri kali ini nak share lagi info mengenai warna baju yang sesuai dengan warna kulit kita. Pernah tak orang cakap "eee baju ni tak sesuailah dengan kau"!.. haa dimata orang akan nampak seseorang tu cantik dengan warna tertentu. Jadi jangan risau dengan komen diorang tu. Sebab itu membantu sebenarnya tau. Cuba ikut tips ini pula :)

So, korang yang mana satu? Nina rasa Nina yang sawo matang kot. Hehe semoga manfaat :)

May 1, 2019

10 Tips Padanan Warna Raya

Assalamualaikum dan hai semua!
Harini semua cuti kan. Mungkin ada yang bekerja harini. SELAMAT BEKERJA! Ok harini nak share satu lagi info, memandangkan puasa tinggal berapa hari lagi dan selepas itu raya pula. Jadi dah fikir ke tema apa tahun ni? Hehe mesti ramai dah ada kan. Yang tak ada lagi tu janganlah risau, masih sempat lagi. Raya pun lambat lagi :D Mungkin info ini akan membantu sedikitlah untuk korang cari baju raya atau masih confius lagi nak padankan warna kan. 
Dah dapat idea tema raya korang? Hehe cantikkan semuanya. Semoga dengan carta ni dapat beri manfaat kepada korang. Bila dah dapat padankan warna tu barulah raya korang ceria dan tak terlalu plain. Jadi bila berselfie ke nampak cantiklah gambar tu. Menyerlahkan lagi raya korang :)

April 29, 2019

Charity Event: CTFKL Kampong Geng Mainan Dengan Tema 80's

Assalamualaikum dan hai semua!
Pernah tak korang join mana-mana acara amal atau cakap omputih dia "charity event"? Selalunya acara amal ni bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang sesuatu dan juga lebih kepada mengumpulkan dana untuk mereka yang memerlukan. Nina nak share satu program yang memang sangatlah best untuk peminat atau pengumpul mainan ni.
CTFKL adalah Kelab Berdaftar dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia merupakan "nonprofit organization" atau kelab yang bukan mengaut keuntungan semata-semata. Malah kelab ini  juga "independent" dan tidak disokong oleh mana-mana syarikat terutamanya "toy company". Tujuannya adalah untuk menghimpunkan pengumpul-pengumpul atau peminat-peminat mainan di seluruh Malaysia dalam satu acara seperti Dragon Ball Malaysia dan sebagainya. Di situ mereka boleh bertukar idea, saling berkongsi segala maklumat selain menjual mainan dan mempamerkan koleksi si pengumpul mainan.

Masuk hanya dikenakan bayaran RM5 sahaja. Semua dana yang terkumpul akan didermakan atau disalurkan kepada badan-badan kebajikan/rumah anak yatim/mereka yang memerlukan. 

Program ini hampir diadakan setiap tahun dengan tema yang berbeza. Untuk tahun ni berlangsung di Dewan Perdana Keramat pada 13 April yang lalu. Banyak aktiviti telah diadakan disana seperti di banner di bawah ini.
Nina pernah pergi dalam sekali jugaklah tapi tahun ni tak dapat nak ikut suami kerana faktor kesihatan. Jadi dari diceritakan dan tengok gambar pun dah tahu memang best. Hehe jom layan sedikit gambar dari Mr.Khairi ni :)
Image may contain: 4 people, people smiling, crowd
Image may contain: 2 people, crowd
Image may contain: one or more people
Untuk mengikuti program selepas ini, boleh layari laman CTFKL;

March 25, 2019

6 Tips Pilih Baju Kurung Ikut Bentuk Badan

Assalamualaikum dan hai semua!
Rasanya beberapa bulan je kita nak berpuasa. Dan selepas itu, kita pun nak raya. Mesti ada yang dah usha atau memnag dah beli baju raya kan? Hehe yela mesti nak grab baju raya yang lawa sekarang ni vendor jual. Esok dah puasa letih nak mencari.Ni nak share sedikit tips untuk pemilihan baju kurung korang mengikut bentuk badan.

Mereka yang bahu bidang, potongan ini sesuai kerana ia akan memberi keseimbangan pada bahagian bawah.

Potongan ini sesuai untuk punggung besar tetapi dada kecil dan perut leper. Jangan biarkan punggung nampak lebih besar.

Sesuai untuk mereka yang dada besar tetapi punggung leper. Jika dart dibahagian depan, ia akan menyebabkan perut dan dada lebih menonjol

Pilih corak sama kain dan baju supaya ilusi nampak lebih tinggi.

Kurung Pahang akan kembang di bahagian bawah. Badan yang kurus dan tinggi akan nampak lebih menarik. Jika anda gemuk pendek elakkan baju kurung Pahang, nanti nampak lagi mengembang.
Pesak gantung hanya kembang sedikit sehaja. Ia paling sesuai untuk tutup perut buncit dan tampak lebih langsing.

Harap ini akan membantu korang dengan pemilihan baju yang lebih tepat dan raya korang akan jadi meriah. Yeahh! :)

March 20, 2019

Movie Review/Premiere Screening | Wonder Park

Assalamualaikum dan hai semua!
Semalam Nina dapat tonton cerita kartun ni tau! Premiere Screening lagi. Woww! Dapat tonton dulu sebelum di release untuk orang ramai.
Sinopsis:
Wonder Park mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama June (Brianna Denski), yang menemukan taman hiburan Wonder Land di hutan namun lengkap dengan permainan yang fantastik dan menyeronokkan, serta haiwan yang dapat berbicara. June menyedari bahawa taman hiburan tersebut berasal dari imaginasinya dan hanya dirinya sendiri yang dapat menyelamatkan Wonder Land dan menghidupkan kembali keajaibannya dengan bantuan haiwan tersebut.

Review sendiri :
Cerita ni best dan sangat comel. Nina pula rasa macam main permainan tu semua. Comel :D Jalan cerita yang senang untuk dipahami. June ni pandai walaupun umur dia ni terlalu kecil untuk kita dan  kreatif dan kuat berimaginasi. Ibunya dan ayahnya juga turut menyokong. Sampai satu rumah dia buat Wonderland tu. Kalau nak tambah permainan baru ke dia akan minta ibunya bisik pada patung Monyet (Peanut) tersebut dan dalam masa sama dekat Wonderland Park pula Peanut seperti mendengar bisikan tersebut dan menyurut dia menggunakan pen ajaib dia tu. Hehe dan bermulalah June berputus asa setelah mengetahui ibunya sakit dan meninggalkan June dan ayahnya untuk pergi berubat. Dan masa nak pergi ke kem Matematik dia teringat dekat ayahnya (sebab risau ayah dia tak pandai jaga diri) dan cuba melarikan diri tetapi sesat di dalam hutan dan menemui Wonderland Park (yang dia sendiri buat bersama ibunya). Dia pelik sebab kenapa gelap, tak ada orang dan sudah usang, permainan kebanyakkan rosak. Rupanya dia lah puncanya dan cuba untuk menyelesaikan. Akhirnya... Haa nanti korang tengok sendiri ye. Bawa anak korang tengok sekali :)
★★★★

Pengalaman Mengikuti MC IG Ads by SifufBads

Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Hai kembali lagi Nina nak update entri pada tahun ni. Maaf jika kunjungan anda ke Blog Hijau ni masih disitu juga entri kan. Haha ok harini Nina nak share pengalaman mengikuti kelas IG Advertising ni. 

Jika korang biasa tengok dekat news feed facebook pasti akan naik iklan sifu ni kan? Hehe Nina mengikut suami turut serta dalam kelas ni. Ni merupakan kali pertama kami pergi dan tak tahu macam mana keadaan di sana. Excited pun ada :D
Kelas ini berlangsung pada 17 Mac yang lalu di IDCC Shah Alam. Kami ingat tak ramai. Tak sangka penuh dewan dan ramai giler. Sebab ramai kami dapat duduk belakang tapi tak apa ilmu tu kalau kita fokus inshaALLAH sampai. Hehe


Ilmu yang diajar ni sangat berguna untuk mereka yang baru nak berniaga atau dah berniaga tapi selalu je sales turun naik turun naik kan. Nak tetap maintain dengan sales kita tu dan menjadi orang yang berjaya dalam perniagaan. Sifu ajar macam mana nak kuasa periklanan di instagram dan sedikit ilmu di facebook. Sangat best! Kita ni kena berguru baru menjadi. Ni Nina baru nak start balik belajar. InshaALLAH kita praktik ilmu yang sifu bagi ni. Sifu ni pun tak kedekut ilmu dan jawab je pertanyaan mereka yang datang.

Untuk kelas ni ada 2 bahagian: VIP dan biasa. Nina ambil yang biasa je. Haha untuk pengetahuan korang kelas ni macam basic tau. Dia ada bermacam kelas lagi. Bolehlah usha mana kelas yang korang berminat tu.

Lagi satu Sifu baru lancarkan buku terbaru beliau. Dapatkan segera tau! Buku yang sangat sempoi sebab Sifu guna ayat kita je. Haha tak skema sangat :)

Untuk lebih lanjut boleh tekan link ini