Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

December 11, 2018

AK Wedding | Permohonan Kebenaran Kahwin

Assalamualaikum dan hai semua!
Setelah beberapa bulan tak update blog hijau ni, sekali up entri pasal kahwin. Haha almaklumlah sis ni busy je memanjang, kalah perdana menteri :D Bagi pasangan yang bakal berkahwin jadi sis nak share sedikit info mengenai perkahwinan. Hujung tahun ni ramai kan yang nak melangsungkan perkahwinan. Jadi jangalah muntah ye lepas ni sis up entri mengenai kahwin je :D

Untuk pasangan yang berlainan daerah macam sis dengan suami sis ni boleh baca info ini ye. InshaALLAH berguna. Yang sama daerah tak leceh sangat. Hehe PERMOHONAN BERKAHWIN NI KENA HANTAR 3 BULAN SEBELUM TARIKH NIKAH korang ye. Kalau hantar awal takut pejabat agama tak terima.

SUAMI - PAHANG
ISTERI - NEGERI SEMBILAN

Step 1- KEBENARAN BERKAHWIN LELAKI
Dapatkan borang dari pejabat daerah belah lelaki dahulu. Nak download pun boleh. Cubalah search kalau ada. Kalau tak ada pergi je pejabat minta borang. Dekat sana pun kalau nak tanya je. Lagi senang. Isi borang dan hantar balik. Borang tu ada sekali borang HIV. Hiv test hanya boleh buat di klinik kerajaan sahaja ye. Tak lama pun. Sehari boleh dapat result. On the spot je. Hehe tapi kena sabar menungulah kalau pesakit ramai. Isi borang bujang dan bermastautin jika perlu. Sign penghulu/ketua kampung. Disini kena tunggu beberapa hari untuk complete borang tu. Tunggu pejabat agama telefon dan jika tiada masalah boleh dah bawa balik borang. Kira selesai belah lelaki.

Step 2- KEBENARAN BERKAHWIN PEREMPUAN
Borang dari belah lelaki sudah selesai bagi dekat pengantin perempuan borang tu. Macam Nina Negeri Sembilan apply borang melalui online. Dah isi form tu boleh print dan buat benda yang sama, minta sign ustaz, penghulu dan sebagainya. HIV test jangan lupa. Hanya klinik kerajaan sahaja. Jika tiada bapa pula, datuk/adik beradik lelaki boleh menjadi wali. Isi borang wali dan sertakan sekali dokumen mengikut susunan senarai yang dia bagi. Dah siap semua boleh hantar dekat pejabat agama sekali borang lelaki. Pejabat akan hubungi jika borang sudah siap.

Step 3- Dah dapat borang tu, bolehlah hantar ke jurunikah tempat perempuan. Akan dibawa semasa akad nikah nanti. Pastikan tulis mas kahwin dan barang lain/hadiah si lelaki bagi kepada perempuan seperti gelang/cincin. 

Step 4- Masa akad nikah pastikan bawa kad pengenalan ye. Hehe selesai!


Kursus kahwin jangan lupa ya. Nina suggest disini >>KLIK<<

SELAMAT PENGANTIN BARU SEMUA! HEHE


2 comments:

  1. sha ada share cara isi borang nikah online hehehe

    http://www.shfyqhazhr.com/2018/11/cara-isi-benar-nikah-online-sspim.html

    ReplyDelete

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.