Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

December 24, 2018

AK Wedding Review | Pelamin

Assalamualaikum dan hai semua!
Pelamin juga penting sebab selalunya disitulah tempat nak bergambar, berborak dan bersua dengan tetamu. Sekatang pula banyak design lawa pelamin ni kan. Geram pula tengok. Hehe ada yang sarat dengan deconya dan ada juga yang simple dan mengikut bajet korang. Korang kena survey banyak vendor tau untuk kepuasan sendiri juga selain tidak lari dengan bajet. Kena teliti tengok pakej apa yang disediakan atau korang nak ala carte ke. Tengok kepentingan masing-masing. Nak lebih jimat lagi DIY je pelamin. Banyak dah vendor yang sewakan alatan pelamin.
Ada setengah orang tak suka sangat dengan konsep minimalist ni. Tapi Nina lebih suka memilih pelamin yang simple je. Sebab pengantin dah pakai baju yang mewah dan sarat dengan aksesori kan. Terima kasih Mhugallery sebab buat pelamin cantik. Sejuk je mata memandang sebab Nina memilih warna yang soft iaitu putih, cream dan peach. Senang nak match dan warna baju pengantin tu nampak naik dan tidak tergelam dengan deco pelamin itu sendiri. Dalam gambar pun jadi lawa je :)

Nina bagi tips lain pula pastikan korang punya baju tak sama warna dengan pelamin sebab nampak tenggelam dan kita nak pengantin lebih menonjol. Jadi ornag boleh nampak pengantin itu sendiri. Biarlah pengantin yang nampak naik serinya dari pelamin. Pelamin ni hanya membantu keserian sahaja. Tak begitu? Hehe tapi ikut juga kehendak korang jika memilih konsep mewah itu terpulang. Ikut citarasa masing-masing.

Mana nak mencuba ambil servis dengan sis ni sebab design pelamin dia semua lawa. Banyak pengantin ambil dengan dia. Senang nak deal dengan sis ni sebab boleh mengikut bajet korang :D
Instagram : @mhugallery
Facebook : Make Her Up / Mhugallery

No comments:

Post a Comment

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.