Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

December 24, 2018

AK Wedding Review | Catering & Canopi

Assalamualaikum dan hai semua!

Selain kad jemputan, katering juga sangat penting ye. Ia berkait satu sama lain. Korang lebih baik berbincang dengan vendor katering tersebut dan dia akan tanya bajet jemputan korang. Jadi dengan bajet korang tu dapatlah vendor bajet makanan tu berapa. Make sure korang ada target ye. Macam Nina jemputan tak ramai. Dalam 500 orang sahaja. Dan kad mestilah kena kurang dari tu. Contoh dalam 200-250 kad sahaja. Katering selalunya akan sediakan makanan lebih 100-150pax dari jemputan korang. Untuk katering lagi bagus pilih yang dekat dengan kawasan korang nak buat kenduri tu. Nina ambil dekat area kampung je dekat Rembau juga sebab senang nak bawa dan makanan lebih fresh. Tak ada isu akan timbul macam lauk akan basi ke atau lauk tertumpah ke. Haa gitu.. Hehe jom tengok gambar dulu ;)




Inilah keadaan masa kenduri haritu. Gambar dari photographer ni. Nina tak sempat nak pegang handphone. Hehe macam mana ok tak? Nina ada juga survey beberapa vendor lain tetapi akhirnya memilih yang ni juga sebab harga yang sangat berbaloi dan murah. Owner yang friendly giler. Haha boleh ikut bajet korang. Memang senang deal dengan pakcik ni. Semua lengkap. Dari khemah dan kanopi semualah. Tapi Nina hanya ambil katering dengan kanopi je. Alhamdulillah lauk cukup dan sedap. Ada lebih sikit je. Masa test food tu pun mak dengan abang cakap sedap. Alhamdulillah sama masa kenduri hari tu. Yang Nina suka sangat dengan harga yang dia bagi tu dapat khemah dan deco yang cantik. Moden je dan sangat puas hati. Nak bergambar pun cantik je. Tak boleh move on ni. Haha kemas kerja dia. Mak pun cakap cantik. Terima kasih acik. Terlebih terkurang minta maaf lah ye. Mana area Rembau, boleh hubungi acik ni ye.

Facebook : D’citra Catering
Tel : +60 12-931 4598 / +60 16-829 2248 
(En. Hanafi)

1 comment:

  1. Each router and modem has a default private IP address that allows you to access login information and settings – the modem interface. 192.168 l 254.254 is such an IP address used to access the settings of routers such as TP-Link, 2Wire, ADSL routers, 3Com routers and Westell ADSL routers.

    ReplyDelete

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.