Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

December 24, 2018

AK Wedding Review | Cake 1 Tier

Assalamualaikum dan hai semua!
Untuk kek pula mengikut citarasa korang. Sebab pengantin bukan makan sangat kek ni. Hehe kalau nak buat, silakan tempah awal ye. Sebab kadang-kadang last minute vendor tu tak nak terima. Nina lebih suka konsep minimalist. Jadi kek pun simple je 1 tingkat je. Hehe kek juga lebih elok tempah yang dekat dengan kawasan kenduri korang tu. Bukan apa senang nak delivery nanti. Tak adalah ada isu kemudian, kek comotlah, kek itulah. Hehe almaklumlah masa kenduri nanti kelam kabut.

Sebelum ni pun dah pernah tempah kek dengan akak ni. Memang sedap. Kak Niza pun baik kot sebab sedaya upaya buatkan kek macam dalam gambar yang Nina bagi walaupun Kak Niza cakap tak dapat nak buat sama dengan gambar yang bahagian bunga tu. Nina request nak kek tinggi sikit sebab nak bergambar potong kek. Saiz 10" rasanya. Haha tak ingat. Nina pilih kek biasa je perisa coklat dan topping cream dan sedikit foundant. Puas hati sebab kek yang cantik dan rasa sedap. Next time inshaAllah tempah lagi.

Mana yang duduk area Rembau, kalau nak order boleh contact akak ni
Instagram : @fazlinniza990
Facebook : Fazlin Niza

No comments:

Post a Comment

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.