Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

September 5, 2018

Traveloka Sale-abration dan Matta Fair 2018 Kembali Lagi!

Assalamualaikum dan hai korang!
Cuba anda bertanya kepada orang di sekeliling anda. Siapa tidak suka melancong? Jika mengikut purata, lebih 90% akan mengatakan, “Ya, saya ingin melancong!” Mungkin tidak lebih 10% sahaja yang mengatakan tidak ingin melancong. Jika diajukan pertanyaan ini kepada Nina, memang sudah pasti Nina ingin melancong! Siapa yang tidak mahu kan? Hanya kerana kekangan masa dan bajet tertentu yang menghalang traveller dari meneruskan hajat mereka. Jika ada rezeki Nina juga mahu ingin melancong bersama keluarga untuk melihat negara orang dan menyelami keunikkan tradisi di setiap negara. Sejujurnya, menjadi seorang pelancong atau traveller yang tegar amatlah mudah. Semua orang boleh menjadi traveller tetapi mencari perkhidmatan yang ditawarkan dan menetapi kehendak kita itulah yang menyukarkan. Jika ada pun perkhidmatan yang terbaik, harga yang ditawarkan pula agak mahal dan luar dari bajet kita. Lagi-lagi yang baru habis belajar dan mula nak berjinak dengan travelling. Agensi-agensi pelancongan juga boleh memainkan peranan penting dengan cara menawarkan pakej pelancongan yang berpatutan agar pelancong mudah tertarik dan tidak menghadapi masalah untuk berkunjung ke tempat yang ditujui dalam dan luar negara. Tetapi jangan risau. Pernah dengar agensi Traveloka? Alah selalu keluar iklan di stesen televisyen tu. Haa jika sudah ingat! Traveloka adalah satu agensi pelancongan yang acap kali menawarkan promosi yang terbaik kepada pelanggan mereka.

Oleh itu, untuk kempen kali ini Traveloka menyediakan tawaran kupon diskaun tambahan untuk pembelian segera. Ini bermakna anda akan dapat diskaun lagi setelah membuat pembayaran segera selepas book atau waktu promosi berlangsung. Bukan sekadar book sahaja dan pembayaran dibuat selepas sehari atau dalam tempoh tertentu. Wow, menariknya! Promosi ini lebih berbaloi untuk mereka yang mempunyai bajet tertentu dan ia lebih menjimatkan jika anda turut membawa keluarga, rakan atau saudara untuk meraikan bersama. Lebih mengembirakan lagi adalah boleh jimatkan wang anda dan wang tersebut boleh digunakan untuk shopping dan bawa pulang untuk dihadiahkan yang tersayang.

Traveloka Sale-abration menawarkan kupon diskaun di atas promosi penerbangan dari syarikat penerbangan yang terlibat. Diskaun kupon 8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan. Tertakluk kepada terma dan syarat. No Booking Fee! Tempah sekarang untuk perjalanan penerbangan bila-bila masa dan mana-mana destinasi! Traveloka bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju. Ianya sangat berbaloi bukan? Anda boleh memilih destinasi anda tanpa mengira jarak dan tempat. Kelebihan promosi ini bukan sahaja dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara dengan menggalakkan rakyat Malaysia sendiri untuk pergi melancong ke destinasi pilihan domestik disamping dapat mengurangkan pengaliran keluar matawang negara. Yang lebih penting keselamatan dan privasi pembayaran anda di Traveloka dijamin sepenuhnya oleh teknologi RapidSSL. Terima pengesahan segera dan e-tiket secara terus di emel anda.

Untuk penginapan juga Traveloka memang mempunyai terlalu banyak pilihan dan pelbagai hotel-hotel moden yang ringkas dan tetap tampil menarik untuk para pengunjung dengan harga yang sangat berpatutan. Dari yang harga tinggi sampai ke harga yang lebih rendah untuk pelancong memilih mengikut kategori dan bajet tersendiri. Traveloka juga bekerjasama dengan rangkaian hotel di seluruh dunia agar anda dapat menikmati penginapan yang selesa di mana sahaja. Kebiasaannya antara ciri keutamaan penginapan yang dicari seorang traveller adalah mencari hotel yang tidak terlalu mahal tetapi masih menawarkan perkhidmatan yang sangat superb selain gaya persembahan yang moden serta kontemporari. Selain dapat menjimatkan wang, kita dapat menikmati percutian dengan sepuas-puasnya dalam keadaan yang sangat baik dan berpuas hati dengan percutian tersebut. Dengan Traveloka anda lebih jimatkan masa dan lebih mempercayai dengan pilihan yang disediakan. Pelanggan hanya perlu membuat pilihan hotel dan seterusnya membuat tempahan tanpa perlu rasa bimbang. Dengan StayGuarantee, tempahan hotel dijamin sepenuhnya. Jika berlaku lebihan tempahan, Traveloka akan mencadangkan hotel lain yang setaraf, tanpa kos tambahan atau bayaran akan dikembalikan. Jika anda masih tidak tahu dimana pilihan destinasi penginapan anda, jangan risau kerana Traveloka ada menyediakan cadangan hotel dan anda juga boleh membaca lebih 2,000,000 ulasan sebenar daripada tetamu hotel.

Tempoh Tempahan adalah dari 4 September hingga 10 September 2018. Tempoh Perjalanan adalah bila-bila masa sahaja. Jadi bagi mereka yang kaki travel tu, rebutlah peluang Traveloka Sale atau  Matta Fair 2018 yang ada, sementara promosi ini masih berjalan. Apa lagi yang anda tunggu! Rancang percutian anda bersama Traveloka. Boleh layari laman sesawang https://www.traveloka.com/en-my/ untuk maklumat lanjut dan buat tempahan sekarang! Kini tiada alasan lagi untuk memberi alasan tiada masa dan lari dari bajet anda! Hubungi Traveloka sekarang!

No comments:

Post a Comment

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.