Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

April 28, 2018

Jom Pi Pasar

Assalamualaikum dan hai semua!
Image result for jom pi pasar
Program ‘Jom Pi Pasar’ adalah satu program inisiatif kerajaan dan dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang ingin membantu mereka yang memerlukan dan berpendapatan rendah di negara ini terutamanya yang menetap di bandar. Selaras dengan kenaikan harga barang dan kos hidup yang semakin meningkat, program ini sangat membantu mengurangkan sedikit beban mereka. Sekurang-kurangnya lepas juga duit dapur untuk bulan tersebut dan boleh disimpan untuk kegunaan lain. Program ini telah dilaksanakan sejak April 2017 yang lalu dan telah melibatkan beberapa pasar di sekitar Kuala Lumpur.
Image result for jom pi pasar
Selain itu, program 'Jom Pi Pasar' ini juga bertujuan mengeratkan silaturahim di antara kerajaan bersama rakyat. Menerusi program 'Jom Pi Pasar', setiap bulan 150 ke 300 pengunjung di pasar terpilih akan menerima kupon RM20 untuk mendapatkan barangan keperluan runcit dan barangan basah untuk memasak buat keluarga. Selain kupon bernilai RM20, semua penerima masing-masing turut menerima satu beg makanan asas seperti beras, tepung, gula dan sardin yang disumbangkan oleh pihak penaja. Antara beberapa pihak yang terlibat dalam program ‘Jom Pi Pasar’ ini seperti FAMA, KPDNKK, LKIM, Econsave dan lain-lain lagi.

Program yang dilaksanakan ini sentiasa prihatin terhadap keluarga berpendapatan rendah dan pelbagai program kebajikan diatur setiap tahun yang tidak bermusim dilakukan saban tahun dan tidak pernah terhenti bagi membantu golongan sasar. Dari sokongan semua pihak dapat merealisasikan usaha ini dan akan diteruskan untuk pasar malam dan bazar Ramadan nanti.
Image result for jom pi pasar
Program ‘Jom Pi Pasar’ ini benar-benar melegakan rakyat terutamanya suri rumah yang rata-rata menerimanya. Selain membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat, pendekatan sebegini dapat mendorong kalangan peniaga dan pengeluar untuk turut menurunkan harga di pasaran dengan tidak mengutamakan keuntungan semata-mata. Bekalan stok untuk pasaran juga akan cuba dipertingkatkan. Ini membolehkan lebih ramai masyarakat mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang lebih rendah di pasaran. Secara tidak langsung, masing-masing mendapat faedah melalui program ini.

Pelbagai pendekatan yang diusahakan dalam aspek kebajikan rakyat menunjukkan kerajaan sentiasa peka dengan setiap  permasalahan, dan mencari jalan untuk mengatasi. Setakat ini sambutan program ini amat memberangsangkan apabila ramai menyertainya. Dan saya sebagai rakyat Malaysia amat mengalukan ramai lagi syarikat atau mereka yang ingin turut serta dalam menjayakan program seperti ini dan berharap lagi program lain yang dapat membantu golongan yang berpendapatan rendah.

Kredit gambar : google

45 comments:

  1. Bagus program ni, membantu golongan yang berpendapatan rendah..nmpk kerajaan concern dengan masalah masa kini yg mana harga brg semakin naik & sekaligus ramai yg tinggal di bandar, walaupun berpendapatan tinggi tapi masih dikategori miskin bandar..kurang2nya program ini dapat meringankan beban golongan yang berkenaan.

    ReplyDelete
  2. Wahh ... Bagusnya! Baru tahu ada nya program sebegini yang sangat membantu mengurangkan sedikit beban mereka yang memerlukan. RM20 pun besar gak jumlahnya.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah seronok rasa bila ada program sebegini dibuat.. Sgt2 mbantu golongan yg kurang berkemampuan..

    ReplyDelete
  4. baguslah progeam mcm ni. merapatkan hubungan rakyat dengan kerajaan. siap dapat kupon rm20 lagi tu, setidaknya dapatlah mngurangkan sikit beban dorang kan

    ReplyDelete
  5. Kupon tu nilai kecik tp blh beli mcm2... πŸ‘

    ReplyDelete
  6. bagusnya ada program mcm ni ... kalau dpt rm20 tu, boleh penuh bekalan seminggu sayur dalam peti sejuk ...

    ReplyDelete
  7. RM20 tu pegi pasar basah mcm2 gak boleh dapat. Untung la πŸ‘

    ReplyDelete
  8. Program yg wajar di teruskan untuk rakyat... :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdullilah. Cikla percaya inisiatif ni pasti membuatkan ramai yg tersenyum sebab ia sedikit sebyk dpt jugaklah membantu mereka dalam perbelanjaan seharian terutama melibatkan brgn basah.

    ReplyDelete
  10. Secara tak langsung, kita bantu peniaga-peniaga kecik kat pasar.
    Lagipun kadang-kadang kalau beli kat supermarket tu, sayur kadang-kadang dah layu..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah. Sudah pasti rakyat rasa beruntung dengan program hasil inisiatif kerajaan ini.

    ReplyDelete
  12. walaupun bantuan yang sedikit, tapi pasti dapat meringan beban suri rumah terutamanya kan :)

    ReplyDelete
  13. best betul... beruntungnya.. dapat kurangkan beban suri rumah...

    ReplyDelete
  14. Bagus program mcm ni..surirumah pasti bahagia kan hihi

    ReplyDelete
  15. bestnya program ini bagus sangat di adakan penduduk kl

    ReplyDelete
  16. tahniah warga KL..bagus inisiatif dr DBKL ni

    ReplyDelete
  17. G pasar dpt rm20 mmg best sebab boleh jimat blanja sendiri..mcm2 boleh beli kan..

    ReplyDelete
  18. Betul tu, bantuan begini kalau kena elok dgn golongan sasaran memang sangat2 membantu mereka.. :)

    ...

    ReplyDelete
  19. Bagi sesetengah orang maybe RM20 tu macam "celah gigi" je. Tapi bagi golongan tertentu, duit amat bernilai waima RM1 sekalipun.

    ReplyDelete
  20. RM20 tu mcm2 boleh beli.. kat pasar bahan segar pulak tu

    ReplyDelete
  21. Memang wajar program seperti ini dijalankan. Secara tak langsung dpt membantu golongan Yang sepatutnya.

    ReplyDelete
  22. Program macam ni memang bagus untuk membantu yang memerlukan

    ReplyDelete
  23. RM20 banyak juga boleh save kan

    ReplyDelete
  24. moga inisiatif ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh golongan sasaran

    ReplyDelete
  25. jimat la..masak dan makan dirumah ja..mcm2 dijual dekat pasar

    ReplyDelete
  26. memang terbaik program sebegini

    ReplyDelete
  27. tengs naniena, elok la kak buat entry pasal ni. ema percaya ramai lagi yg tak tahu walupun mereka tinggal di bandar

    ReplyDelete
  28. Dengan Kupon RM20 nih bolehla kita berjimat kan..Bagusnya DBKL buat program macam nih.

    ReplyDelete
  29. Bagusnyaa ada inisiatif macam ni, untung sangat.

    ReplyDelete
  30. Seronoknya nak pasar juga. RM 20 banyak juga boleh membeli Dan berjimat

    ReplyDelete
  31. RM 20 besar nilainya kepada mereka yang memerlukannya

    ReplyDelete
  32. Orang nampak kecik rm20. Cuba la duduk kat tempat mereka, baru tahu bagaimana setiap sen itu bermakna.

    ReplyDelete
  33. Rm20 tu p pasar mcm2 bole dapat taw.

    ReplyDelete
  34. Tahniah kerajaan WP atas inisiatif yang memfokuskan rakyat! - Mak Lin, Blog #CeritaMak

    ReplyDelete
  35. Yelah. Sikit2 pon dpt membantu kan.

    ReplyDelete
  36. bagus ada kemudahan begini untuk mereka yang berpendapatan rendah, sangat membantu meringankan beban kewangan

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  37. alhamdullilah.. rezeki mereka kan.. dapat tambah2 duit dapur.

    ReplyDelete
  38. Banyak juga boleh dapat dengan RM20 ni.

    ReplyDelete
  39. memang memnbantu kan program begini

    ReplyDelete
  40. Laa selagi boleh jimat kita jimat walaupun singgit kan :)

    ReplyDelete
  41. Teruja dengan program mesra rakyat seperti ini, moga dipanjangkan.

    ReplyDelete
  42. wau..boleh beli lebih lagi la barang kat pasar tu

    ReplyDelete
  43. Wowww camni nak pergi selalu la hehe

    ReplyDelete

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.