Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

November 14, 2017

Kali Kedua Peperiksaan Secara Atas Talian SPA Untuk Akauntan 2017

Assalamualaikum dan hai semua!

Jumaat yang lepas, rasanya ramai yang menduduki peperiksaan untuk Akauntan M41 ni kan? Macam mana korang ok tak? Haha macam post sebelum ni pertama kali Nina ambil exam online SPA. Ni sama je perasaan dia. Haha tak cukup masa. Nak fikir lagi. Soalan banyak. Aduh memang siapa boleh jawab dengan cepat tu memang hebatlah. Tak apa janji dah cuba. Dapat ke tak tu belakang kira :D

Nina nak share tips. Haha sebelum tu korang kena banyak study pasal Jabatan Akautan Negara, yang penting silalah ingat basic akaun dan jangan lupa buat latihan untuk pengiraan ye. Kena ingat formula. InshaAllah boleh jawab kot. Sebab Nina tak study apa pun. Jawab kalau boleh sepantas kilat. Jangan terlalu lama dekat satu soalan tu sebab masa memang tak akan cukup untuk fikir soalan lain. Haha

Pastikan capaian internet korang betul tak ada masalah ye. Memang internet kena kuat. Hehe kalau tak ada lah masalah di kemudian hari. Goodluck korang!

November 4, 2017

Pembayaran Balik MARA Melalui JOMPAY

Assalamualaikum dan hai semua!
Nina nak share korang satu benda sebab Nina rasa tak ramai yang guna cara ni. Haha sebab selalu orang akan bayar melalui bank. Ok ni Nina share ye sebab guna JOMPAY adalah percuma berbanding melalui kaunter/bank. Selalu orang fikir guna JOMPAY untuk bayar bil utiliti je. 
Baru 1st time Nina cuba guna JOMPAY ni hari ini. Caranya adalah seperti berikut;

Senangkan? Selamat mencuba dan jangan lupa bayar balik tau pinjaman anda :)
Senarai penuh cara pembayaran, boleh klik link sini.

Pertama Kali Peperiksaan Secara Atas Talian SPA Untuk PTD 2017

Assalamualaikum dan hai semua!
Rasanya rata-rata semalam ramai yang 'exam online' malam tadi kan untuk position Pegawai Tadbir & Diplomatik M41. Hehe kecoh hal malam tadikan soalan dia macam apa tah. Haha ni merupakan kali pertama Nina dapat tawaran untuk jawab soalan ni. Alhamdulillah Nina dah cuba yang terbaik. Dapat ke tak dapat ke tu lain cerita. Janji kita dah cubakan?

Macam mana korang perasaan malam tadi jawab? Geram tak? Haha Nina pun geram giler sebab bahagian B tu tak cukup masa. Nak fikir lagi. Soalan ada 40. Aduh memang siapa boleh jawab dengan cepat tu memang hebatlah. Sebenarnya soalan tu dia trick kita je. Ada satu soalan tu memang geram je soalan no 2 tak silap yang ada Jaja, Jiji, Jijo, Jojo tu haa. Haha tiba yang manakah ada ayam? Haha menyirap je. 
Tapi bagi sesiapa nak apply lagi lepas ni ada exam lagi sila buat latihan untuk pengiraan ye. Macam kira diameter semua tu lah. Kena ingat formula. InshaAllah boleh jawab kot. Sebab Nina tak study apa pun. Study banyak pengajian am je. Pengiraan tak study apa pun. Jawab kalau boleh sepantas kilat. Jangan terlalu lama dekat satu soalan tu sebab masa memang tak akan cukup untuk fikir soalan lain. Haha

Pastikan capaian internet korang betul tak ada masalah ye. Memang internet kena kuat. Hehe kalau tak ada lah masalah di kemudian hari. Goodluck korang!

November 1, 2017

Segmen Suai Kenal IG Baru

Assalamualaikum dan hai semua!
Entri pertama untuk bulan baru tahun ni. Hehe jom join segmen ni :)

KLIK BANNER UNTUK JOIN
Done follow Rai tau. Ni instagram link : https://www.instagram.com/ruqaiyah.amanina/