Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

August 29, 2017

Syampu Organik Untuk Wanita Bertudung | Hijab Shampoo by Natural Elixirs

Assalamualaikum dan hai semua!
Rambut adalah mahkota bagi setiap wanita tetapi jika kita mempunyai masalah seperti rambut gugur, gatal-gatal, kelemumur, rambut yang tidak sihat dan ini akan buat kita rasa kecewakan? Khasnya wanita bertudung yang sememangnya melalui apabila cuaca panas membuatkan kepala kita menjadi gatal dan apabila membuka tudung pula penuh rambut melekat. Tak pun bila kita tengah sisirkan rambut banyak pula yang gugur. Betulkan? Jadi Nina nak share satu produk yang sangat memberi manfaat kepada kita semua. Produk ni sangat bagus untuk kesihatan rambut kita tau. 

Syampu Organik Untuk Wanita Bertudung, Hijab Shampoo by Natural Elixirs | Formula Syampu Hijab mengandungi bahan-bahan organik yang kaya dan berkhasiat dari Nettle Oil, Chamomile Extract dan Oil Tea Tree untuk menguatkan, melindungi dan mencegah kerosakan rambut dan keguguran rambut. Rambut memerlukan pendedahan yang mencukupi untuk udara dan sinar matahari agar ia tetap kelihatan sihat dan kuat. Apabila rambut sentiasa tertutup, kulit kepala tidak dapat bernafas, yang akan membawa kepada pembesaran sebum yang berlebihan daripada peluh. Pori juga menjadi tersumbat dan akan membawa kepada kulit kepala yang tidak sihat, kelemumur, rambut menjadi nipis dan juga rambut yang tidak bermaya.

Formula unik dari Syampu Hijab ini adalah:
  • Membersihkan dan melembapkan rambut dan kulit kepala.
  • Mengawal pengelupasan kulit kepala semula jadi dan menyegarkan semula.
  • Mengimbangi pengeluaran sebum dan mengurangkan minyak yang berlebihan.
  • Antioksidan melindungi rambut dari kerosakan dan penuaan pramatang.
  • Meningkatkan dan memulihkan akar rambut untuk rambut yang berkilat dan sihat.
  • Menghalang rambut gugur dan menghilangkan kelemumur.
Selain itu, Nettle Oil membantu pertumbuhan semula rambut seperti daun nettle dimana ia kaya dengan silika dan sulfur yang menguatkan akar rambut, folikel, kulit kepala dan rambut yang akan membuat rambut berkilau dan sihat. Selain menghalang keguguran rambut, ia juga membantu dalam memulihkan warna rambut asli. Ia adalah anti-radang dan rawatan yang sangat berkesan untuk kelemumur.

Chamomile Extract pula membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih sihat. Ia membuatkan kulit kepala akan lebih subur dan menguatkan folikel rambut, merangsang pertumbuhan helaian rambut yang lebih tebal dan sihat.

Selain itu, jika kita tahu Oil Tea Tree sangat bagus untuk kita. Banyak kelebihan yang ada dalam Oil Tea Tree ni. Antaranya;
  1. Secara semulajadi Oil Tea Tree merawat kulit kepala gatal dan menghalang masalah rambut yang banyak seperti kelemumur, botak, psoriasis, dan kutu. Ia mengurangkan keguguran rambut dan sebaliknya, menggalakkan pertumbuhan rambut.
  2. Oil Tea Tree dapat membuang sel-sel mati, menyekat folikel rambut dan meningkatkan sistem imunisasi yang kemudiannya dapat melawan jangkitan yang mengakibatkan keguguran rambut, dan dengan itu menghalang kutu dan kelemumur.
    • Melembabkan rambut dan mengekalkan kulit kepala bebas dari jangkitan kulat dan bakteria, mencegah kulit kering dan gatal dan folikel rambut yang tersekat.
    • Mengandungi kesan anti-androgenik yang menghalang hormon lelaki yang menyebabkan kehilangan rambut.
    • Membantu menghentikan keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.
Hijab Shampoo ini mempunyai sijil Halal oleh badan pensijilan Turki. Ia dibuat di Turki dari Ekokimya. Ekokimya adalah pengilang yang sama dengan jenama penjagaan kulit organik yang disahkan premium Ecowell Organics dan sama pengilang ECOS3 detergen pembersihan rumah yang mesra alam. Jangan risau, insyaALLAH memang dijamin selamat digunakan.

FEEDBACK DARI NINA

Nina bersyukur sekali sebab Nina dapat jumpa produk syampu yang organik dan tiada bahan kimia untuk direview kali ini. Mesti korang excitedkan nak baca sampai habis review ini. Nina memang suka dan kalau boleh memang cari produk seperti ini. Sekarang ni pun memang suka guna syampu home made dan organik.

Hijab Shampoo ni memang sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah rambut tidak kiralah yang serius ke yang tak serius ke semuanya boleh dipakai. Semua jenis rambut boleh menggunakan bukan sahaja yang berhijab. Kerana ia selamat digunakan sebab bahan dia gunakan pun organik.

Nina pun dah cuba selama 5 hari dan mungkin lebih dan apa yang Nina nak komen ialah memang SUKAAAAA GILERRRR! Sebab apa ia wangi dan bila nak keringkan dengan tuala pun masih melekat baunya di tuala. Susah nak jumpa syampu macam ni. Bila cium je semerbak wangi tau. Bila sapu dekat rambut tu nyaman je rasa dan boleh menikmati keseronokkan bila bersyampu. Syok habis sebab boleh berkhayal tau! Hehe rambut pun jadi lembut lepas pakai syampu ni. Nina pun selesa bertudung walau dari pagi sampai petang lepas itu malam. Selesa dan tiada masalah gatal kepala.

Tengok botol dia temanya warna biru dan putih. Menarik, cantik sangat packaging dan tidak mudah tumpah. Senang untuk pegang dan bila tengok botol tu je dah teruja nak mandi dan pakai syampu. Haha betul ni tak tipu tau! 

Nina paling suka tekstur dia sebab selalu korang beli syampu mesti warna putih atau warna lain. Tapi lain dengan Hijab Shampoo ni tau. Haa istimewanya hijab syampu ni tekstur dia warna putih transparent. Lembut dan lagi syok tengok. Tapi korang pastikan nampak ye syampu tu bila tuang. Karang korang picit pelik pulak tengok tak nampak. Dah kuar banyak. Haha

Lagi satu, buih dia tak banyak tau! Haa jangan pelik pula tengok asal buih tak ada. Apa yang Nina pernah baca lagi elok kalau buih tak banyak tapi Hijab Shampoo ni masih ada buih cuba tak banyak macam syampu yang lain. Best pakai korang!

Nina sangat-sangat recommend Hijab Shampoo by Natural Elixirs. Dapatkan segera dan korang boleh rasai sendiri bestnya Hijab Shampoo by Natural Elixirs ni.

Jika berminat, boleh hubungi pihak Natural Elixirs seperti tentera dibawah ini;
Facebook
Twitter
Pinterest
Natural Elixirs Sdn Bhd
Instagram

#hijabshampoo #naturalelixirs #naturallyorganic #antihairloss #nodandruff #shampootudung 

4 comments:

  1. menarik ni.. yg penting bila pakai tudung x gatal2 kepala.. seksa sngt rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah best giler pakai syampu ni. try tau :)

      Delete
  2. Kena cari satu ni. Rambut ni kuat betul gugurnya

    ReplyDelete

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.