Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

May 14, 2017

Hapuskan Solekan, Bersihkan & Segarkan Dgn 1 Sentuhan | Garnier Micellar Cleansing Water

Assalamualaikum dan hai semua!
Siapa yang suka bersolek dekat sini? Haa angkat tangan cepat! Haha ok ramai. Rata-rata orang sekarang ni dah pandai bergaya dan stylo belaka. Pasti ramai yang bermekap kan? Ok sejujurnya Nina bukanlah yang suka bermekap sangat. Hanya pakai bedak atau foundation sahaja tetapi walaupun tidak bermekap, tidak bermakna muka kita sudah bersihkan? Haa jadi disini Nina nak sarankan penggunaan pembersih mekap tanpa bilas. Jom baca review produk ni yang best sangat!

Hapuskan Solekan, Bersihkan & Segarkan Dgn 1 Sentuhan Menggunakan Micellar Cleansing Water Garnier | Jika kita tahu, Garnier sangat popular dengan produk yang bagus untuk wajah. Lagi-lagi umur semakin meningkat, lagilah kena jaga muka. Salah satu produk baru yang Garnier tampilkan adalah Micellar Cleansing Water. Dengan botolnya yang berwarna pink, rata-rata wanita di luar sana pasti suka dengan bungkusannya. 
Tengok kapas tu keluar semua kotoran dia. Ni edit sikit jadi tak nampak warna kotoran dia. Penggunaan mekap ni hanya sikit je tau dah hilangkan kotoran macam tu. Kalau yang lagi mekap tu, macam manalah agaknyakan.
Kenapa Nina suka dengan Micellar Cleansing Water Garnier adalah sangat senang kita nak pakai atau apply di muka sahaja dengan satu sentuhan. Yeee satu sentuhan sahaja! Korang tak payah nak tonyoh atau gosok tau. Just sapu sahaja. Ya Allah sangat simple, tak sakit pun muka atau tak kemerahan pun. Ada setengah toner, muka jadi merah sebab kita apply dimuka dengan gosokan yang kuat. Tak payah dah buat macam tu. Sakit muka je. Micellar Cleansing Water Garnier ni akan hapuskan solekan anda dengan bersihkan dan segarkan hanya 1 sentuhan. 
Baunya yang harum, best sangat pakai. Segar tau! Berangin je pakai. Tak berminyak langsung, tak melekit. Jadi, cleansing water ini sangat sesuai untuk semua jenis wajah termasuklah kulit sensitif. Korang akan rasa muka korang bersih, halus dan nampak sihat je. Hihi tak caya cuba tau dapatkan di Watson, Guardian atau di kedai yang berdekatkan dgn anda! Harga tak ingat tapi rasa tak mahal sangat. Harga mampu milik je tau :)

Jom Support & Join 3K Followers Giveaway di Instagram

Assalamualaikum dan hai semua!
Rata-rata sekarang ni ramai yang buat giveaway di blog ye. Nina tak berkesempatan lagi nak buat giveaway tetapi NIna anjurkan giveaway di instashop je. Mana yang ada instagram atau yang memang suka sangat join giveaway ni dialu-alukan join ye. Giveaway ini merupakan penghargaan kepada pelanggan Nina dan follower yang aktif. Jemput ye join! Mana tahu dapat free skirt.
Jangan lupa follow instashop Nina sekali https://www.instagram.com/ra.shoppe/ :)