Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

March 20, 2017

Shopping Dress Melalui Personal Shopper | PS Leeyanarahman & ByFatinSuhana

Assalamualaikum dan hai semua!
Dah lama nak post tapi baru sekarang nak up entri. Untuk kali ni, Nina nak share pengalaman dengan korang order dari 2 butik terkenal ni melalui personal shopper. Jika anda susah nak keluar atau tak nak berebut dengan ramai orangkan terutama bila sale tu, Nina suggest guna personal shopper je.

Personal shopper ni friendly, kalau korang nak tahu lebih details baju tu korang boleh tanya macam-macam. Kalau direct pm dengan admin butik ni sendiri mungkin makan masa nak reply. Yela ramai pelanggan nak orderkan. Jadi, lagi senang deal dengan personal shopper. Tak perlu sangat tunggu 'Q'. 

Kalau korang kenal Leeyanarahman dan ByFatinSuhana ni antara butik terkenal di Bangi Sentral. Siapa tahu? Haa memang sangat terkenalkan diorang ni? Koleksi pakaian mereka, mak datukkk! Ya ampun.. sangat-sangat lawa ye. Cantik gila. Mana taknya setiap kali sale, pasti ramai yang berpusu-pusu datang butik diorang. Malah ada yang datang seawal pagi. Butik pun tak buka lagi dah beratur tunggu 'Q'. That's why Nina kata, guna je personal shopper. Senang! Hehe sebab diorang ni dah official personal shopper untuk 2 butik ni. So dekat butik nanti diorang senang nak deal. Lagi satu Nina suka apa tau. Packaging diorang ni sangat special. Goodies bag leeyanarahman dengan box dari byFatinSuhana yang sangat exclusive gitu.

Untuk butik Leeyanarahman ni Nina guna @ps.aliaadnan (Instagram). Akak ni baik weh. Apa-apa yang korang nak tanya semua dia jawab. Memang puas hati servis dia. Walaupun dah close order, dia still layan sebab regular customer katanya. Hehe thanks akak ye sebab layanan ni. Tapi kalau dia lambat reply sikit tu jangan marah plak. Akak ni ada baby. Maybe dia tengah handle baby dia ok! Dress Leeyanarahman ni memang dress dia makaii. Cantik! Sama macam dalam gambar. Mak pun cakap cantik. Susah nak dapat corak macam tu. Limited kan. Yang jenis nak up to date bolehlah dapat koleksi Leeyanarahman ni.

Butik byFatinSuhana ni pula, Nina guna khidmat akak ni (Lupee.. nanti update semula :D). Akak ni pun ok juga nak deal. Baik, friendly. Alah personal shopper ni memang baguslah. Hehe Nina ingat baju tu kecil je, sekali sampai besar juga box dia tapi sayang, box dia dah koyak. Sedih kita. Posmenlah ni. Tak apa. Yang penting cantik baju dia. Dah macam princess. Kain dia berat, dan terletak je bila pakai. Tak jarang, flowy dan material berkualiti sama dengan harga memang berbaloi. Cuba agak labuh. Boleh bawak pergi alter jela.

Sorry tak ada gambar ootd. Nina beli ni pun reward untuk diri sendiri juga. 2 bulan kumpul nak dapatkan 2 dress ni. Hehe memang puas hati! Yang pasti 2 butik terkenal ni tengah sale juga tau! Cepat korang cari personal shopper atau order melalui website;

No comments:

Post a Comment

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.