Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

August 29, 2017

Syampu Organik Untuk Wanita Bertudung | Hijab Shampoo by Natural Elixirs

Assalamualaikum dan hai semua!
Rambut adalah mahkota bagi setiap wanita tetapi jika kita mempunyai masalah seperti rambut gugur, gatal-gatal, kelemumur, rambut yang tidak sihat dan ini akan buat kita rasa kecewakan? Khasnya wanita bertudung yang sememangnya melalui apabila cuaca panas membuatkan kepala kita menjadi gatal dan apabila membuka tudung pula penuh rambut melekat. Tak pun bila kita tengah sisirkan rambut banyak pula yang gugur. Betulkan? Jadi Nina nak share satu produk yang sangat memberi manfaat kepada kita semua. Produk ni sangat bagus untuk kesihatan rambut kita tau. 

Syampu Organik Untuk Wanita Bertudung, Hijab Shampoo by Natural Elixirs | Formula Syampu Hijab mengandungi bahan-bahan organik yang kaya dan berkhasiat dari Nettle Oil, Chamomile Extract dan Oil Tea Tree untuk menguatkan, melindungi dan mencegah kerosakan rambut dan keguguran rambut. Rambut memerlukan pendedahan yang mencukupi untuk udara dan sinar matahari agar ia tetap kelihatan sihat dan kuat. Apabila rambut sentiasa tertutup, kulit kepala tidak dapat bernafas, yang akan membawa kepada pembesaran sebum yang berlebihan daripada peluh. Pori juga menjadi tersumbat dan akan membawa kepada kulit kepala yang tidak sihat, kelemumur, rambut menjadi nipis dan juga rambut yang tidak bermaya.

Formula unik dari Syampu Hijab ini adalah:
  • Membersihkan dan melembapkan rambut dan kulit kepala.
  • Mengawal pengelupasan kulit kepala semula jadi dan menyegarkan semula.
  • Mengimbangi pengeluaran sebum dan mengurangkan minyak yang berlebihan.
  • Antioksidan melindungi rambut dari kerosakan dan penuaan pramatang.
  • Meningkatkan dan memulihkan akar rambut untuk rambut yang berkilat dan sihat.
  • Menghalang rambut gugur dan menghilangkan kelemumur.
Selain itu, Nettle Oil membantu pertumbuhan semula rambut seperti daun nettle dimana ia kaya dengan silika dan sulfur yang menguatkan akar rambut, folikel, kulit kepala dan rambut yang akan membuat rambut berkilau dan sihat. Selain menghalang keguguran rambut, ia juga membantu dalam memulihkan warna rambut asli. Ia adalah anti-radang dan rawatan yang sangat berkesan untuk kelemumur.

Chamomile Extract pula membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih sihat. Ia membuatkan kulit kepala akan lebih subur dan menguatkan folikel rambut, merangsang pertumbuhan helaian rambut yang lebih tebal dan sihat.

Selain itu, jika kita tahu Oil Tea Tree sangat bagus untuk kita. Banyak kelebihan yang ada dalam Oil Tea Tree ni. Antaranya;
  1. Secara semulajadi Oil Tea Tree merawat kulit kepala gatal dan menghalang masalah rambut yang banyak seperti kelemumur, botak, psoriasis, dan kutu. Ia mengurangkan keguguran rambut dan sebaliknya, menggalakkan pertumbuhan rambut.
  2. Oil Tea Tree dapat membuang sel-sel mati, menyekat folikel rambut dan meningkatkan sistem imunisasi yang kemudiannya dapat melawan jangkitan yang mengakibatkan keguguran rambut, dan dengan itu menghalang kutu dan kelemumur.
    • Melembabkan rambut dan mengekalkan kulit kepala bebas dari jangkitan kulat dan bakteria, mencegah kulit kering dan gatal dan folikel rambut yang tersekat.
    • Mengandungi kesan anti-androgenik yang menghalang hormon lelaki yang menyebabkan kehilangan rambut.
    • Membantu menghentikan keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.
Hijab Shampoo ini mempunyai sijil Halal oleh badan pensijilan Turki. Ia dibuat di Turki dari Ekokimya. Ekokimya adalah pengilang yang sama dengan jenama penjagaan kulit organik yang disahkan premium Ecowell Organics dan sama pengilang ECOS3 detergen pembersihan rumah yang mesra alam. Jangan risau, insyaALLAH memang dijamin selamat digunakan.

FEEDBACK DARI NINA

Nina bersyukur sekali sebab Nina dapat jumpa produk syampu yang organik dan tiada bahan kimia untuk direview kali ini. Mesti korang excitedkan nak baca sampai habis review ini. Nina memang suka dan kalau boleh memang cari produk seperti ini. Sekarang ni pun memang suka guna syampu home made dan organik.

Hijab Shampoo ni memang sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah rambut tidak kiralah yang serius ke yang tak serius ke semuanya boleh dipakai. Semua jenis rambut boleh menggunakan bukan sahaja yang berhijab. Kerana ia selamat digunakan sebab bahan dia gunakan pun organik.

Nina pun dah cuba selama 5 hari dan mungkin lebih dan apa yang Nina nak komen ialah memang SUKAAAAA GILERRRR! Sebab apa ia wangi dan bila nak keringkan dengan tuala pun masih melekat baunya di tuala. Susah nak jumpa syampu macam ni. Bila cium je semerbak wangi tau. Bila sapu dekat rambut tu nyaman je rasa dan boleh menikmati keseronokkan bila bersyampu. Syok habis sebab boleh berkhayal tau! Hehe rambut pun jadi lembut lepas pakai syampu ni. Nina pun selesa bertudung walau dari pagi sampai petang lepas itu malam. Selesa dan tiada masalah gatal kepala.

Tengok botol dia temanya warna biru dan putih. Menarik, cantik sangat packaging dan tidak mudah tumpah. Senang untuk pegang dan bila tengok botol tu je dah teruja nak mandi dan pakai syampu. Haha betul ni tak tipu tau! 

Nina paling suka tekstur dia sebab selalu korang beli syampu mesti warna putih atau warna lain. Tapi lain dengan Hijab Shampoo ni tau. Haa istimewanya hijab syampu ni tekstur dia warna putih transparent. Lembut dan lagi syok tengok. Tapi korang pastikan nampak ye syampu tu bila tuang. Karang korang picit pelik pulak tengok tak nampak. Dah kuar banyak. Haha

Lagi satu, buih dia tak banyak tau! Haa jangan pelik pula tengok asal buih tak ada. Apa yang Nina pernah baca lagi elok kalau buih tak banyak tapi Hijab Shampoo ni masih ada buih cuba tak banyak macam syampu yang lain. Best pakai korang!

Nina sangat-sangat recommend Hijab Shampoo by Natural Elixirs. Dapatkan segera dan korang boleh rasai sendiri bestnya Hijab Shampoo by Natural Elixirs ni.

Jika berminat, boleh hubungi pihak Natural Elixirs seperti tentera dibawah ini;
Facebook
Twitter
Pinterest
Natural Elixirs Sdn Bhd
Instagram

#hijabshampoo #naturalelixirs #naturallyorganic #antihairloss #nodandruff #shampootudung 

August 23, 2017

Tuala Wanita yang Sihat dan Boleh Diguna Semula | Red Moon ClothPad

Assalamualaikum dan hai semua!

Hari ini Nina nak share satu kebaikan untuk wanita di luar sana. Pernah dengar clothpad tak? Haa Nina rasa ramai pernah dengarkan. Yang warna warni tu dan boleh dibasuh. Dibasuhh? Biar betul? Boleh ke basuh pad dan pakai semula? Tak bahaya ke? Magik kan clothpad ni. Sebab itu, Nina nak share kebaikan dengan clothpad ni. Bagus tauuu! :D

Tuala Wanita yang Sihat dan Diguna Semula, Red Moon ClothPad | Satu alternatif kepada pad pakai buang yang boleh diguna semula. Pad kain adalah mesra alam, boleh diguna semula selama bertahun-tahun, menjimatkan kos, serta mempunyai manfaat kesihatan yang baik. Secara amnya ia terdiri daripada lapisan fabrik menyerap (seperti kapas, organik dan juga sintetik) yang berfungsi untuk menyerap aliran darah semasa haid dan juga nifas bagi yang bersalin. Pad kain juga lebih bersih dan tidak menyebabkan bau seperti pad pakai buang.

Disini kenapa dikatakan menjimatkan kos. Contoh;

Pad pakai buang yang kita selalu gunakan.

Perbelanjaan bulanan = RM10 (average)
Perbelanjaan setahun = RM10 x 12 bulan = RM120
Perbelanjaan 5 tahun RM120 x 5 tahun = RM600
GRAND TOTAL = RM600

Jika kita beralih menggunakan Clothpad ini lebih menjimatkan.

Perbelanjaan 5 tahun = RM188.35 (pakej extra heavy, paling mahal, mempunyai 6 clothpad dan 2 pantyliner)
Perbelanjaan setahun = RM188.35/5 tahun = RM37.67
Perbelanjaan sebulan = RM37.67/12 bulan = RM3.14
GRAND TOTAL = RM188.35

Red Moon Cloth pad ni ada beberapa pilihan/jenis:
  1. Overnight extra heavy
  2. Extra heavy
  3. Heavy flow
  4. Medium flow
  5. Light flow
  6. Daily inner
  7. Extreme liner

Penggunaan clothpad boleh tahan selama minima 5 tahun dengan penjagaan dan cara penggunaan yang betul tetapi kebiasaannya clothpad bertahan lebih dari 5 tahun dan ke atas. Lama tu.. Dah lah jimat dan tahan lama pula tu :D

Cara mencucinya sangat senang seperti berikut;

  1. Bilas dibawah aliran air
  2. Rendam dalam air sabun
  3. Basuh menggunakan tangan/mesin
  4. Jemur bawah matahari
Dia ada beberapa set yang boleh korang pilih. Untuk mereka baru nak mencuba atau takut nak pakai, Nina sarankan pakai trial set dulu. Tengok kulit sesuai tak dengan korang. Rujuk gambar dibawah ini;
No automatic alt text available.
Kalau korang tak nak beli dalam set ke sebab banyakkan pun tak apa, nak ala carte/satu ke nak cuba boleh je. Cuba set ni lebih murah dari beli satu-satu. Kalau banyak korang boleh share dengan ahli keluarga/kawan ke. Harga seperti dalam gambar dibawah ni;


FEEDBACK DARI NINA

Ini pertama kali Nina mencuba clothpad ini. Selalu terbayang macam mana nak pakai? Selesa ke? Sebab kita pakai pad pun tak selesakan dan kadang bocor pula. Aduhaiii :D Jadi Alhamdulillah advertorial kali ini Nina nak cakap ia sangat selesa. Hehe

Reka bentuk yang sangat menarik ini membolehkan ramai wanita di luar sana sangat menyukai dan Nina pun sayang je nak guna. Hehe yela cantik sangat padnya. Pad je pun tapi pad jangan sebarang pad tau. Best ni :D Pad yang Nina cuba adalah Heavy flow (sesuai untuk 1st-2nd period/tgh banyak), medium flow (3rd-4th period/tgh sikit je period) dan extreme liner (tinggal last period atau digunakan akiviti seharian). Eh korang jangan tak tahu clothpad ni boleh kurangkan senggugut dan keputihan korang tau! Mana yang selalu ada masalah ini Nina sarankan cuba clothpad ni. Mana tahu sesuai dengan korang dah selesai masalah-masalah tersebut.

Rekaan didalam juga berwarna warni ye. Cantik sangat! Material yang lembut membuatkan Nina memakainya selesa sangat dan senang untuk dicuci. Tidak berbau dan meresap terus. Tidak bocor dan sesuai untuk wanita yang aktif. Jangan risau tau kalau korang terover sana sini sebab clothpad ni tahan lasak. Hehe

Dengan harga tersebut sangat berbaloi sebab sangat jimat dengan penggunaan harian kita. Specialnya lagi clothpad ni adalah custom made tau bukan dari kilang yg proses. Jadi lebih bersih dan selamat :D

Jadi, Nina sangat recommend Red Moon Clothpad ni pada mereka yang bermasalah atau suka dengan keselesaan boleh cuba clothpad ni. Macam yang Nina cakap tadi, semuanya bersih dan selamat. InshaAllah segala penyakit dapat disembuhkan dengan izin Allah. Selamat mencuba!

Untuk pertanyaan/pembelian boleh hubungi:
Kak Ja
017-599 6090



July 2, 2017

Pemenang SEGMEN SAYA NAK KAD RAYA BY NANIENA.COM

June 30, 2017

SEGMEN SAYA NAK KAD RAYA BY NANIENA.COM

Assalamualaikum dan hai semua!
INI STICKY POST SEHINGGA 30/06/2017
TAMAT!!
Syarat-syarat penyertaan :

  1. Buat satu entri bertajuk : SEGMEN SAYA NAK KAD RAYA BY NANIENA.COM
  2. Copy Banner Segmen di atas masukkan ke dalam entri segmen 
  3. Sila sertakan ucapan raya yang kreatif
  4. Follow; 
  5. Lepas itu, dah boleh submit url entri bawah kotak komen segmen ini sahaja
  6. Segmen bermula hari ini 11/06/2017 sehingga 13/06/2017 *dilanjutkan 30/06/2017
Hadiah penyertaan :

  1. Hadiah berupa 10x KAD RAYA LIMITED (pemilihan by random.my)
  2. 10x hadiah tambahan (gift voucher by ra.shoppe) kepada mereka yang beri ucapan raya yang kreatif
Selamat Bersegmen :)

June 29, 2017

Kad Raya 2017 | Dunia Sebenar Shida

Assalamualaikum dan hai semua!
Seperti tahun lepas, rasanya tahun ni pun ramai blogger tak printing kad rayakan. Tapi tak apalah. Hehe setiap tahun mesti dapat kad raya dari akak biru ni. Kalau korang buat tempahan dengan akak ni, mesti korang akan dapat kad raya sekali. Bestkan :D Hehe terima kasih kak! Jom singgah blog akak Shida sebab blog akak ni macam di awangan sebab warna biru je. Tutorial pun banyak. Akak ni friendly tau. Best deal dengan akak ni.  Kalau korang nak tempah printing kad ke, nak design ke, boleh contact akak Shida ni ye.

p/s: Siapa nak swap kad raya atau nak bagi kad raya? PM cepat :D

Senarai Peserta SEGMEN SAYA NAK KAD RAYA BY NANIENA.COM

June 11, 2017

GIVEAWAY KAD RAYA SS 2017

Assalamualaikum dan hai semua!
Nina nak join segmen kad raya ni :)
Nak join, klik SINI


May 14, 2017

Hapuskan Solekan, Bersihkan & Segarkan Dgn 1 Sentuhan | Garnier Micellar Cleansing Water

Assalamualaikum dan hai semua!
Siapa yang suka bersolek dekat sini? Haa angkat tangan cepat! Haha ok ramai. Rata-rata orang sekarang ni dah pandai bergaya dan stylo belaka. Pasti ramai yang bermekap kan? Ok sejujurnya Nina bukanlah yang suka bermekap sangat. Hanya pakai bedak atau foundation sahaja tetapi walaupun tidak bermekap, tidak bermakna muka kita sudah bersihkan? Haa jadi disini Nina nak sarankan penggunaan pembersih mekap tanpa bilas. Jom baca review produk ni yang best sangat!

Hapuskan Solekan, Bersihkan & Segarkan Dgn 1 Sentuhan Menggunakan Micellar Cleansing Water Garnier | Jika kita tahu, Garnier sangat popular dengan produk yang bagus untuk wajah. Lagi-lagi umur semakin meningkat, lagilah kena jaga muka. Salah satu produk baru yang Garnier tampilkan adalah Micellar Cleansing Water. Dengan botolnya yang berwarna pink, rata-rata wanita di luar sana pasti suka dengan bungkusannya. 
Tengok kapas tu keluar semua kotoran dia. Ni edit sikit jadi tak nampak warna kotoran dia. Penggunaan mekap ni hanya sikit je tau dah hilangkan kotoran macam tu. Kalau yang lagi mekap tu, macam manalah agaknyakan.
Kenapa Nina suka dengan Micellar Cleansing Water Garnier adalah sangat senang kita nak pakai atau apply di muka sahaja dengan satu sentuhan. Yeee satu sentuhan sahaja! Korang tak payah nak tonyoh atau gosok tau. Just sapu sahaja. Ya Allah sangat simple, tak sakit pun muka atau tak kemerahan pun. Ada setengah toner, muka jadi merah sebab kita apply dimuka dengan gosokan yang kuat. Tak payah dah buat macam tu. Sakit muka je. Micellar Cleansing Water Garnier ni akan hapuskan solekan anda dengan bersihkan dan segarkan hanya 1 sentuhan. 
Baunya yang harum, best sangat pakai. Segar tau! Berangin je pakai. Tak berminyak langsung, tak melekit. Jadi, cleansing water ini sangat sesuai untuk semua jenis wajah termasuklah kulit sensitif. Korang akan rasa muka korang bersih, halus dan nampak sihat je. Hihi tak caya cuba tau dapatkan di Watson, Guardian atau di kedai yang berdekatkan dgn anda! Harga tak ingat tapi rasa tak mahal sangat. Harga mampu milik je tau :)

April 29, 2017

Segmen Mencari Bloglist by Mya

Assalamualaikum dan hai semua!
Rasanya dah lama juga tak join mana-mana giveaway atau segmen. Jom korang join segmen simple ni :)
Klik banner untuk join ye

Segmen Tamat: 26 Mei 2017

April 23, 2017

Pengalaman Kali Pertama Temuduga SPA

Assalamualaikum dan hai semua!
Image result for temuduga
Entri kali ini merupakan perkongsian pengalaman Nina buat kali pertama temuduga SPA yang lalu. Sejak SPM lagi mohon SPA tapi dah kerja ni baru sekarang dapat. Mungkin boleh jadi pembakar semangat atau motivasi kepada yang lainkan. Mungkin juga entri ini menjadi rujukan pada mereka yang akan temuduga SPA juga. Hihi

Sebelum 2 minggu nak ditemuduga, akan terima SMS/email yang dapat jemputan temuduga SPA. Yang pasti korang kena update website SPA tentang jawatan yang dipohon. Mana tahu rezekikan. Tapi memang agak terkejut pagi tu, Nina dapat mesej tu. Yela SPA kan sektor awam bukan senang. Kira jemputan temuduga ni pun kira rezekilah. Dapat tak dapat tu lain kira.

Pagi tu Nina gerak ke tempat untuk ditemuduga iaitu di Seremban. Dalam surat jemputan tu dia akan letak masa kan. Nina pukul 10 pagi. So gerak awal untuk pastikan semua berjalan dengan lancar dan tidak terlalu 'rushing'. Sampai disana, tengok tanda mana tempat korang temuduga. Masa Nina sampai tu salah bilik, jadi gerak ke bilik lain dapat nombor giliran. Jadi agak lambat. Petang baru dapat temuduga. Jadi korang walaupun ada masa dia tulis dalam surat tu, korang boleh je datang awal boleh dapat nombor giliran awal. Nina baru pertama kali tak tahu. Jadi petang baru dapat temuduga. Lama kena tunggu. 

Gemuruh, takut, cuak semua perasaan menjadi satu. Korang tahulah kan kalau nak temuduga tu. Petang dalam pukul 2 lebih baru giliran Nina, masuk tu korang kena ketuk pintu dahulu dan bagi salam. Masuk dan bagi resume dan sijil kepada penemuduga. Nina dapat 2 orang penemuduga dan duanya perempuan. Mereka best dan sangat peramah tapi disebabkan gemuruh segala soalan ditanya bergetar-getar nak jawab. Kalau tak tahu atau tak pasti dengan jawapan tu, korang jawab je tak pasti. Penemuduga Nina tu dia kasi can jawab lagi. Memang baguslah. Jawab je walaupun jawapan tu korang tak pasti. Diorang nak tengok keyakinan je sebenarnya. Kalau korang nak cari tips boleh search dulu :D

Perkara penting yang korang kena ingat sebelum temuduga;
  • Print email yang jemputan temuduga SPA
  • Gerak awal ke tempat temuduga
  • Sediakan siap-siap resume/sijil dan pastikan susun siap-siap sijil tersebut (penyusunan sijil boleh tengok sini)
  • Berpakaian kemas & kasut bertutup
  • Bersedia untuk ditemuduga
  • Tawakal dan berserah pada Allah
Untuk mereka yang bakal temuduga tu, selamat maju jaya. Jangan gugup dan insyaALLAH semuanya pasti ok :)

March 28, 2017

Keenakkan Nasi Ayam Hainan Cina Muslim | Syafiq Lee Recipe Nasi Ayam Hainan

Assalamualaikum dan hai semua!
Lama rasanya tak review makanan kan. Kali ini Nina nak review satu makanan dari air tangan Cina Muslim. Kalau korang tahu masakan Cina sangat sedapkan. Hehe betul tak? Jadi tak salah rasanya kalau nak share satu restoran ni dari Cina Muslim untuk mereka yang kaki makan atau food lover untuk cuba rasai keenakkan Nasi ayam hainan disini. 

Disini ada pelbagai lagi masakan dan turut ada beberapa gerai lain dibuka dikeliling restoran ni seperti Chaw Kuew Tiau tapi makanan utama untuk restoran ni tentulah Nasi Ayam Hainan. Memang terbaik tau. Sedap sangat! Masa tu, NIna dan kakak pusing tengok ada kedai baru disitu, dan cubalah sekali. Memang sedap! Kedai ni baru je dibuka. Dan beberapa hari yang lalu kami makan lagi untuk kali kedua.
Ini adalah menu utama restoran ni. Tengok pun dah sedapkan
Nasinya pula lembut, tak keras pun. Makan dengan sambal tu kan. Perghh sedap! Cili dia tu dia campur bawang putih. Memang nice sangat! Chinese food macam tulah :)
Close up ayam dia. Nampak sedapkan? Yang uniknya timun dia letak dibawah ayam dan dipotong isi dalamnya. Jadi makan pun tak pahitlah.
Kedai dia pun bersih tau. Susun atur perabut juga teratur dan selesa makan disitu. Yang bestnya ada minuman free tau! Hihi siapa nak rasa Teh Cina dan air suam tentulah free belaka. Teh Cina dia tak manis pun. Sesuai untuk mereka yang nak diet dan jaga pemakanan.

Untuk orang Seremban dan sekitarnya, marilah sama-sama bawa satu keluarga datang ke restoran Syafiq Lee ni yang terletak di Senawang. Berhampiran dengan Giant tu (belah belakang). Dekat dengan bangunan baru tu. Alamat tak berapa nak ingat. Cari landmark dia jela ye :)

Boleh like dan follow cerita diorang di:

March 20, 2017

Shopping Dress Cantik Secara Online | LosraVelda

Assalamualaikum dan hai semua!
Siapa suka shopping angkat tangan? Hihi Nina rasa rata-rata sukakan. Lagi-lagi wanita diluar sana tu. Haaa senyum-senyum tu betullah kan :D Alhamdulillah setakat ni tak ada masalah lagi dengan pembelian online. Sangat recommended! Kita selalu keluar tapi tak jumpa yang berkenan, last beli online juga.
Related image
Sekarang Nina nak suggest korang satu website ni. Nampak logo atas tu. Haa..butik ni ada macam-macam tau. Nak dress ke, jubah ke, kurung ke, blouse dan palazo ke, haa semua adalah dekat LosraVelda ni. Siapa pernah dengar butik LosraVelda ni? Pada yang memang kaki shopping online ni confirm akan tahu. LosraVelda ni antara butik yang terkenal juga tau. Ia terletak di Shah Alam. Kalau korang tengok rambang mata. Cantik-cantik tau. Hehe ramai artis collaboration dengan butik ni. Nina walaupun dekat tapi tak sempat nak pergi. Online jela. Sekarang dia tengah sale. Combo 2 x RM150, ada Combo 2 x RM120. Mana nak dapat harga macam ni. Dahlah dari butik.
Haa kurung dia pun cantik tau. Nak buat pakai raya pun diorang dah open. Pi cepat usha dekat page diorang ye. Parcel Nina dah sampai. Yeahh! Service diorang memang terbaik. Nina order 15/03 haritu dan parcel sampai keesokkannya (16/03). Wahh cepat je. Kalau korang nak lagi cepat whatsapp je. Cepat juga reply. Hihi kain dia kualiti. Berat dan bila pakai jatuh terletak. Terima kasih LosraVelda!
Kalau korang nak order, boleh contact dekat link ni:

Shopping Dress Melalui Personal Shopper | PS Leeyanarahman & ByFatinSuhana

Assalamualaikum dan hai semua!
Dah lama nak post tapi baru sekarang nak up entri. Untuk kali ni, Nina nak share pengalaman dengan korang order dari 2 butik terkenal ni melalui personal shopper. Jika anda susah nak keluar atau tak nak berebut dengan ramai orangkan terutama bila sale tu, Nina suggest guna personal shopper je.

Personal shopper ni friendly, kalau korang nak tahu lebih details baju tu korang boleh tanya macam-macam. Kalau direct pm dengan admin butik ni sendiri mungkin makan masa nak reply. Yela ramai pelanggan nak orderkan. Jadi, lagi senang deal dengan personal shopper. Tak perlu sangat tunggu 'Q'. 

Kalau korang kenal Leeyanarahman dan ByFatinSuhana ni antara butik terkenal di Bangi Sentral. Siapa tahu? Haa memang sangat terkenalkan diorang ni? Koleksi pakaian mereka, mak datukkk! Ya ampun.. sangat-sangat lawa ye. Cantik gila. Mana taknya setiap kali sale, pasti ramai yang berpusu-pusu datang butik diorang. Malah ada yang datang seawal pagi. Butik pun tak buka lagi dah beratur tunggu 'Q'. That's why Nina kata, guna je personal shopper. Senang! Hehe sebab diorang ni dah official personal shopper untuk 2 butik ni. So dekat butik nanti diorang senang nak deal. Lagi satu Nina suka apa tau. Packaging diorang ni sangat special. Goodies bag leeyanarahman dengan box dari byFatinSuhana yang sangat exclusive gitu.

Untuk butik Leeyanarahman ni Nina guna @ps.aliaadnan (Instagram). Akak ni baik weh. Apa-apa yang korang nak tanya semua dia jawab. Memang puas hati servis dia. Walaupun dah close order, dia still layan sebab regular customer katanya. Hehe thanks akak ye sebab layanan ni. Tapi kalau dia lambat reply sikit tu jangan marah plak. Akak ni ada baby. Maybe dia tengah handle baby dia ok! Dress Leeyanarahman ni memang dress dia makaii. Cantik! Sama macam dalam gambar. Mak pun cakap cantik. Susah nak dapat corak macam tu. Limited kan. Yang jenis nak up to date bolehlah dapat koleksi Leeyanarahman ni.

Butik byFatinSuhana ni pula, Nina guna khidmat akak ni @iqah.bfspersonalshopper (instagram). Akak ni pun ok juga nak deal. Baik, friendly. Alah personal shopper ni memang baguslah. Hehe Nina ingat baju tu kecil je, sekali sampai besar juga box dia tapi sayang, box dia dah koyak. Sedih kita. Posmenlah ni. Tak apa. Yang penting cantik baju dia. Dah macam princess. Kain dia berat, dan terletak je bila pakai. Tak jarang, flowy dan material berkualiti sama dengan harga memang berbaloi. Cuba agak labuh. Boleh bawak pergi alter jela.

Sorry tak ada gambar ootd. Nina beli ni pun reward untuk diri sendiri juga. 2 bulan kumpul nak dapatkan 2 dress ni. Hehe memang puas hati! Yang pasti 2 butik terkenal ni tengah sale juga tau! Cepat korang cari personal shopper atau order melalui website;

March 14, 2017

Tempahan Design Blog Mieza Suhaini

Assalamualaikum dan hai semua!
Syukur ke hadrat Ilahi kerana beri limpah rezeki dan sihat tubuh badan lagi untuk bekerja. Artwork ni sebenarnya bulan lepas tapi baru nak up entri. Hehe busylah kerja banyak sampai blog terabai. Blog kali ini merupakan seorang blogger juga. Haha mestilahkan. Beliau nak tema hitam putih tapi disebabkan hitam tu agak gelap jadi, saya campur dengan warna kelabu. Nak simple je. Disebabkan terlalu lama tak edit, dah tak jadi simple. Tapi owner dia kata ok, jadi proceed jela :D

Header Nina tak buat sebab apa yang owner nak tu tak dapat. Huhu jadi header dari owner sendiri. Yang lain Nina edit. Untuk watermark pula dia ilhamkan dari Nina sendiri, cuba Nina lainkan sikit :)

NAMA : MIEZA SUHAINI
PAKEJ : PAKEJ 1 FULL
THEME : BLACK WHITE (MINIMALIST)
TEMPOH SIAP : +/- TIGA HARI
BERMINAT : PM DI PAGE SEHIJAU BLOG RA

March 10, 2017

Bercuti Bersama Best Western Petaling Jaya

Assalamualaikum dan hai semua!
Ini adalah advertorial mengenai satu tempat yang superb best dan cantik giler!
Image result for melancong
Anda suka melancong? Anda juga seorang traveller yang tegar? Dan ingin bawa mereka yang tersayang ke tempat yang menarik tetapi tidak tahu kemana ingin dituju? Ingin membuat kejutan kepada yang terayang? Anda ada masalah atau sukar mencari penginapan yang cukup sesuai atau memenuhi kehendak ahli keluarga yang dapat memuaskan hati mereka? Persoalan-persoalan yang sering kali ada di benak fikiran kita.

Antara ciri keutamaan penginapan yang dicari seorang traveller adalah mencari hotel yang tidak terlalu mahal tetapi masih menawarkan perkhidmatan yang sangat superb selain gaya persembahan yang moden serta kontemporari. Sebab apa? Sebab selain dapat menjimatkan wang, kita dapat menikmati percutian dengan sepuas-puasnya dalam keadaan yang sangat baik. Tapi sekarang ni kalau kita tengok terlalu banyak pilihan dan pelbagai hotel-hotel moden yang ringkas dan tetap tampil menarik untuk para pengunjung. Salah satu rangkaian hotel popular di Malaysia yang menawarkan seperti perkhidmatan tersebut adalah jenama Best Western. Haaa, korang mesti pernah dengar kan? Tak pernah dengar? Okay tak apa jom baca apa yang nak share dengan korang ni.
Image result for best western petaling jaya
Gambaran bangunan Best Western Petaling Jaya
Best Western ni adalah sebuah hotel dan resort yang sangat terkenal di seluruh negara dan korang boleh menikmati dengan kadar yang terendah di mana-mana 4100 hotel mereka yang terletak di lebih 100 buah negara. Wow! Sangat menarik, bukan? Salah satu hotel Best Western terbaru yang diperkenalkan di Malaysia adalah Best Western Petaling Jaya yang bertemakan konsep Centrestage di mana ia menawarkan pelbagai kemudahan perniagaan, riadah dan gaya hidup hanya di bawah satu bumbung saja. Biarpun ia masih setahun jagung namun tempat penginapan ini sudah mula mendapat perhatian ramai. Ia memenuhi sebahagian besar tingkat-tingkat utama bangunan terbaru CentreStage Complex yang terletak berdekatan dengan pusat komersial Jaya 33 dan Jaya One di Petaling Jaya. Ia juga merupakan sebuah kawasan perdagangan yang sangat terkenal di sini.
Kolam renang yang terbuka dan santai sambil menikmati keindahan langit ciptaanNya.
Selain dari itu, terdapat juga keistimewaan yang lain iaitu kolam renang yang terbuka di tingkat paling atas berserta dengan sebuah gimnasium untuk korang beriadah dan bersenam tapi kalau korang rasa macam nak relax saja sambil memanjakan diri bolehlah cuba perkhidmatan spa dan sauna yang disediakan.
Dah cuba makan sedap, bolehlah exercise pula ye. Hehe disini gym dia perlengkapannya semua lengkap.
Inilah dia suasana dan gambaran Kembali Kitchen yang menawarkan makanan yang sedap untuk pelangannya.
Memang best! Percutian kita tidak akan sah tanpa merasa keenakan makanan disini. Korang akan menemui beberapa tempat makan yang menarik dan salah satunya adalah Kembali Kitchen yang menawarkan hidangan antarabangsa dan juga tempatan. Biarpun hotel ini kelihatan agak ringkas, namun sajian menu Thai di sini memang lazat dan mungkin boleh buat korang gian untuk makannya lagi. Tak cuba korang tak tahu. Haaa, lagi satu korang jangan tak tahu pula. Di sini istimewanya ada tersedia juga Skyz Dine & Bar Rooftop untuk korang menjamah makanan dan minuman sambil menikmati pemandangan bandar Petaling Jaya dari tingkat paling atas. Wow! Sangat best bukan? Kalu nak bergambar pun sangat-sangat cantik, relax dan suasananya sangat sesuai untuk mereka yang honeymoon dan meraikan hari istimewa korang. Dah tak payah pergi luar negara dah. Dekat Malaysia ni pun dah cukup. Aku yakin pasti korang tidak akan rasa menyesal untuk book Best Western in Petaling Jaya ni sebagai tempat penginapan percutian korang.
Cantiknya suasana Skyz Dine & Bar Rooftop dia. Memang romantik sangat!
Berbekalkan suasananya yang segar, seronok, pekerja yang mesra dan ramah lagi berbilang bangsa, tempat penginapan ni sangat ideal buat semua para pengunjung tidak kiralah dari luar dan dalam negara. Lebih-lebih lagi bagi korang yang sering menjalani kehidupan harian secara aktif serta moden namun masih mementingkan keselesaan. Dengan harga yang sangat berpatutan bagi korang yang tidak mahu berbelanja terlalu banyak untuk penginapan semasa bercuti atau urusan perniagaan, sememangnya pemilihan untuk book Best Western in Petaling Jaya ni adalah satu tindakan yang sangat bijak kerana ia memang memenuhi kriteria yang korang cari. Jadi, jika korang masih tercari-cari hotel di kawasan Petaling Jaya ni, jangan teragak-agak lagi untuk singgah bermalam di sini ya!

January 28, 2017

Produk Wanita Muslimah & Mesra Solat | Nurraysa Glowing DD Moist Cake

Assalamualaikum dan hai semua!

Produk Wanita Muslimah & Mesra Solat - Nurraysa DD Glowing Moist Cake|Harini nak review satu produk yang best gilerr dan memang orang kenallah. Cakap pasal mesra solat atau wuduk, apa yang dalam fikiran korang terlintas dulu? Susah nak jumpa produk yang betul ikut cita rasa kita. Kebanyakkan produk yang sedia ada di pasaran tak boleh bawa solat, ada silicon dan masih ragu-ragu. Bila ragu, kita kena bersihkan terlebih dahulu sebelum solat. Tu pun tak tahu bersih ke tak muka. Untuk mengatasi masalah tersebut, Nina syorkan produk dari Nurraysa ni.
Related image
DD ni nak pakai sangat-sangatlah senang. Tak perlu dah nak cari foundation ke concealer ke apa ke sebab DD moist cake ni 3 in 1. Pakai ini sahaja dah mencukupi. Tak penuh beg kalau nak travel sana sini. Hanya sapu je dah glowing gitu. Nina dah pakai lama juga. Sampai packaging dia dah baru, Nina masih guna. Dia senang dan sangat smooth. Tak berat sangat dekat muka. Tak tebal dan nampak natural je. Tak berminyak dan selesa pakai seharian. Dia cover segala apa yang ada dekat muka ni. Haha jadi keyakinan bertambah lagi-lagi nak bekerja ke atau bertemu dengan ramai orang pun tak malu. Satu lagi produk Nurraysa ni bukan sahaja mencantikkan tetapi merawat dari dalam. Nina pakai ni jerawat susah nak naik tau. Kalau ada jerawat pun cepat kecut dan parut-parut pun insyaAllah akan hilang sikit demi sikit. Kalau parut lama mungkin makan masa sikit. Cuba kena sabar jela. Mana ada produk kita pakai sehari esok elok teruskan. Kalau ada tu produk tu tak selamatlah. Mungkin ada lebih merkuri.
Packaging lama & baru tetapi masih sama best!
Fungsi:
  • Gabungan Foundation + Concealer + Powder (3 dalam 1)
  • Menutup semua cela dan merawat wajah
  • Mesra solat
  • Tanpa silicon
  • SPF 50++
  • Free span
  • Terdapat dalam 3 jenis; Light, Medium & Dark
Kandungan:
Air Zam Zam, Cocos Cucifera Oil, Olea europea (olive) Fruit Oil, Viti Vinifera (grap) Seed Oil, Gluthatione, Kigela Africans Fruit Extract, Titanium Dioxide, Glyceryl Stearate, Apple Stem Cell, Collagen, Glycyrrhiza Glabra (licorice) Root Extract, Aloe Barbadensis, Leaf Extract, Tocopheryl Acetate, Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E.
Cara Penggunaan:
Tekapkan span pada muka kemudian baru ratakan seluruh muka untuk nampak kesan yang kemas. Pakai bedak secara nipis sahaja.

Kulit Normal:
  • Tekap bedak seperti biasa
Kulit Kering:
  • Guna Nurraysa UV Cream secara nipis dan tekapkan bedak dengan rata.
Kulit Berminyak:
  • Jangan guna UV Cream, selepas ratakan bedak, tekapkan menggunakan tisu.
Kulit Sensitif:
  • Guna bedak jangan lebih dari 4 jam
  • Guna selang sehari selama seminggu
  • Elakkan guna bedak ketika berpeluh kerana tona tidak sekata dan bercapuk. Jangan gunakan bedak lebih daripada 4 jam, selepas 4 jam kena cuci.
  • Penggunaan kali pertama mungkin akan naik jerawat, bedak ini merawat jadi ia adalah satu tindakbalas terhadap kulit. Selepas seminggu penggunaan dan serasi dengan kulit, kulit akan normal semula.
  • Jika selepas guna bedak ada tanda-tanda muka merah, berbahang dan jerawat, ia disebabkan tindak balas dari bedak kerana bedak ini bersifat merawat. Bagi kulit seperti ini disarankan guna secara nipis dahulu.
  • Jika kulit muka berminyak disebabkan guna bedak ini, ini kerana liang pori sebelum ini tersumbat. Jadi anda seharusnya cuci muka dengan betul sebelum menggunakan bedak.
Testimoni pun dah beribu raban dah. Yang pasti produk Nurraysa ni natural based. Tiada bahan kimia ye. Selamat insyaAllah. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh pm dekat agen Muslifah ni ye. Dia sangat peramah dan servis dia tip top lah. Sekarang ni Nurraysa tengah sale. Dapatkan segera tau :)
Muslimah
Tel: 013-7890725
Web rasmi Nurraysa: http://www.nurraysabeauty.my/