Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

August 16, 2016

Merawat Jerawat dengan Pantas | Cosmoderm Tea Tree Oil Anti Blemish X-press

Assalamualaikum dan hai semua!
Jerawat memang sinonim dengan wanita. Betul tak? Hehe haa tipulah kalau tak jerit atau merungut kalau seketul je jerawat naik di muka? Hehe tensionkan? Sudah menjadi lumrah setiap wanita untuk mempunyai kulit muka yang bersih dan cantik.

Oleh itu, Nina nak share satu produk best dan bagus untuk mengecut dan merawat jerawat. Pasti korang dah tahu dan kenal jenama produk ini sebab dah familiar dan iklan pun banyak naik dekat facebook, etc.
Nina cuba pun sebab kebanyakkan blogger banyak review katanya semua positif feedback. Jadi, setelah berbulan cuba memang betul positif feedbacklah. Alhamdulillah. Cepat betul dia mengecut jerawat tauuu!

Cosmoderm TEA TREE OIL Anti Blemish X-press | Dengan saiz dia yang kecik ni (10ml) tapi memang tahan lama. Kecik-kecik cili padi tau. Memang mujarab untuk merawat jerawat. Memang X-PRESS pun! Tapi kena rajin sapu ye untuk dapat keputusan yang maksimum. Picit sedikit pastu sapu dekat jerawat sahaja. Esok dah kecut sikit jerawat. Dan hari seterusnya, nak cepat elok kenalah rajin sapu. Hehe setiap hari dan tanpa mengira masa. Tengah korang tengok tv, tengah makan atau apa sahaja hanya korang calit je dekat mana-mana jerawat tu. Haa senangkan? Nina selalu pakai malam sebab malam kita tak buat apa. Muka pun dah relaks. Bau dia pun best. Jom baca info mengenainya :)
Fungsi Cosmoderm TEA TREE OIL Anti Blemish X-press?
•  Minyak Tea Tree mengawal kulit dengan anti septik, anti bakteria, anti kulat dan anti ransangan.
• Membuka pori-pori tersumbat, mengawal minyak dan menghentikan jerawat tumbuh kembali- cara lembut atau cepat.
• Penyelesaian yang pantas membuang cela, bintik-bintik putih dan hitam dalam masa 3-4 hari untuk kulit berminyak. Sesuai untuk kulit yang normal dan berjerawat.
Ramuan dia?
Lidah buaya, ekstrak cinnamon, minyak daun tea Tree.
Cara penggunaan:
Sapukan satu lapisan nipis pembasmi Jerawat Minyak tea Tree X-Press ke atas bahagian yang perlu, 2 kali sehari selepas penbersihan dengan pembersih muka Minyak Tea Tree. Jika terdapat kerangsangan, hentikan penggunaan.
Cosmoderm produk boleh didapati di Guardian, Vitacare dan Aeon Wellness. Sesetengah farmasi pun ada jual juga. Dapatkan tauuu! Harap entry ini dapat membantu korang yang tengah ada masalah jerawat. Cuba ini yee! InsyaAllah berkesan :)

*MAAF TIADA GAMBAR TESTIMONI SEBELUM DAN SELEPAS PENGGUNAAN UNTUK MENJAGA AURAT. HANYA GAMBAR PRODUK SAHAJA UNTUK DIPOST. TQ.

8 comments:

  1. ramai yg kata produk ni bagus
    alhamdulillah setakat ni sy takda masalah jerawat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah banyak feedback positif. Bagusnyaa.. Ok lah tu xde masalah jerawat. Tak pyh risau dah ;)

      Delete
  2. saya pernah jugak pakai ni. tapi agaknya kulit saya ni jenis allergic pada makanan jugak. macam kuranglah. last2 jumpa doc. haha. sah saya memang berpantang makan jawabnya. dah pantang makan macam-macam ni bru ok jerawat saya ni. ni pun tengah proses detox lagi. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh yekee. Dia tgk kulit muka org tu jugak. Haha kalau alegik makanan tak boleh makan seafood, benda gatal sume kan. Hehe tak pe cuba je cara yg terbaik :)

      Delete

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.