Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

August 20, 2015

Rahsia Buat Air Milo seperti Lori Milo

Assalamualaikum dan hai semua!
Siapa masa zaman dia kecil dulu ada lori milo datang sekolah? Nampak lori milo cepat je lari. Sedapnyalah.. Sanggup beratur 2x tapi kalau bernasib baik orang lori tu tak perasaan. Kalau orang lori tu perasaan dan tanya 'Bukan kamu dah ambil ke tadi?'. Haha penangan milo punya pasal. Pernah tak terfikir kenapa kita buat air milo tak sama macam lori milo tu?
Rahsianya :
  1. Ambil mug..
  2. Letak susu pekat 1 sudu dan milo 3 sudu (Ingat nisbah susu 1:3 milo).
  3. Taruk air panas. Sikit je. 1/4 mug atau sama aras ngan milo.
  4. Kacau sampai air panas tu jadi suam/suhu bilik.
  5. Letak ais (ketul) sampai penuh mug.
  6. Biarkan ais mencair sampai tak ada satu pun yang berketul. Kena amik masa sikit. Sabar..
  7. Biarkan ais mencair.. Tak perlu kacau..
  8. Bila ais dah cair semua skali. Nikmatilah rasa milo sebiji macam baru keluar dari lori milo tu.
Kredit dari Facebook: Tumpang Lalu

16 comments:

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.