Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

April 29, 2014

Maaf!

MAAF. perkataan yg senang diungkap tapi sukar untuk dipraktikan. betul tak?

Memang payah untuk dilakukan apabila kita berhadapan dengan semua ni. ini adalah ujianNya. Dia ingin menguji kesabaran umatnya. Aku redha. Aku pasrah. Setiap manusia pasti tidak akan lari dari melakukan kesalahan tak kira kecil atau pun besar. Tidak dinafikan, manusia pasti ada perasaan marah atau bengang dengan sikap seseorang. Kita berbalik kepada penciptaNya.. Dia yg Maha Berkuasa yang menciptakan setiap manusia dengan perasaan dan emosi di setiap diri mereka. 

Allah SWT telah menggalakkan Rasul-Nya dan telah menjadi arahan kepada umatnya agar bersifat dengan sifat ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: "Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh." [Al-A'raf: 199]. Pemaaf adalah satu sifat mulia yang perlu ada dalam diri setiap Muslim. Banyak sekali ayat al- Quran dan hadis yang menekankan keutamaannya dan disebut sebagai salah-satu sifat yang disukai oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain, Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan." [Ali-Imran: 134].

Allah SWT juga berfirman yang bermaksud: "Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima), Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun."[Al-Baqarah: 263].

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah, tidak akan bertambah ke atas seorang hamba dengan sebab memberi kemaafan melainkan bertambah kemuliaan dan tidak akan tawaduk merendah seseorang terhadap Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya." [Riwayat Muslim no. 2588].

Rasulullah s.a.w. juga menekankan betapa pentingnya sifat menahan marah ini sebagaimana dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: "Seorang lelaki datang bertemu Rasulullah saw dan meminta agar Baginda berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, Baginda menjawab ringkas iaitu: "Jangan marah".

Di dalam al-Quran, ALLAH menjelaskan bahawa perbuatan meminta dan memberi maaf adalah antara amalan mulia yang melayakkan seseorang muslim mendapat ganjaran yang tinggi di sisi-NYA: Terimalah kemaafan dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) daripada orang yang jahil. - Surah al-A‘raf : 199.


Sesungguhnya aku adalah insan biasa yang sentiasa lalai dan melakukan kesalahan.. Maafkan saya ye awak :'(

credit hadis: zulkbo.com

3 comments:

  1. tag awk :)
    http://myraazmee.blogspot.com/2014/05/the-liebster-awards-by-cik-anis.html

    ReplyDelete
  2. 안녕하세요~ HI~ this is Twinscraftlife! please visit our blog shop! we sell various cool handmade stuff!! 꼭 오세요~~^^
    twinscraftlife.blogspot.com

    ReplyDelete

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.