Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

October 3, 2013

Petua Mengurangkan Rasa Sakit Senggugut Semasa Menstruasi/Haid

hai korang. lama tak update kan blog hijau ni. aiyoo.. hehe busy dengan sem baru ni. btw nina nak cerita pasal senggugut. pernah alaminya? nina rasa majoriti bagi perempuan/wanita di luar sana pernah/selalu alami penderitaan ni kan. sakit tak boleh nak cakap apa lah. sampai ada satu tahap, satu kerja pun tak boleh buat. tidur jela sebab sakit yang menyerang. okayyy bagi yang senggugut biasa di sini nina nak share petua/cara nak mengurangkan rasa sakit semasa haid..

1. Teknik Botol Ajaib (botol panas)
Teknik ini sangat popular di kalangan wanita. Cukup dengan meletakkan botol berisi air panas/pad panas/hangat pada bahagian perut untuk mengurangkan rasa kejang dibahagian perut.
nina pakai yang ni.. just panaskan dengan charger dia ni then alaskan kain sebelum letakkan atas perut. best tauuu! cuba lah cari dekat kedai. dia ada yg mahal. kalau bernasib baik jumpalah yg murah around RM 8-10 :D

2. Urutan
Berbaringlah dengan posisi kaki sedikit lebih tinggi (anda boleh meninggikannnya dengan bantal). Selepas itu, urut bahagian perut/abdomen secara perlahan.

3. Sukan/Riadah Ringan
Jangan percaya dengan mitos bahawa wanita yang sedang haid tidak boleh bersenam. Sukan ringan seperti bersenam, berjalan kaki mahupun berbasikal boleh membantu memperlancarkan aliran darah pada otot sekitar rahim. Kesannya, rasa ngilu pun akan berkurang. Jadi usah rasa ragu-ragu untuk bersenam sebelum dan ketika masa datang bulan ya.

4. Ubat tradisional 
Jika cara diatas masih belum membantu mengurangkan rasa sakit perut anda, mungkin anda boleh cuba menggunakan ramuan nenek moyang untuk mengatasi masalah kesakitan haid. Tumbuhan berubat seperti daun dewa, mawar, siantan/soka, daun hia/baru cina, teki dan temu lawak, dipercayai mempunyai banyak khasiat. Diantaranya, mempunyai kesan analgetik (meredakan rasa sakit), melancarkan peredaran darah serta mencairkan bekuan darah.

5. Kunjungi Doktor
Rangkaian tips diatas adalah cara untuk mengatasi kesakitan haid akibat gangguan utama yang disebabkan perubahan hormon. Selain gangguan utama, ada juga gangguan menengah. Gangguan menengah dialami oleh wanita yang biasanya tidak mengalami gangguan utama. Biasanya gangguan tersebut berhubungan dengan gangguan ginekologis seperti endometriosis, penyempitan serviks, malposisi uterus, penyakit radang pelvis maupun ketumbuhan di panggul. Oleh kerana itu, jika anda mengalami gangguan seperti ini, anda diharuskan berjumpa doktor pakar untuk merawat kesakitan anda.

6. Diet Sihat
Ini termasuk banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar, serta air yang banyak. Cuba untuk mengesan bagaimana makanan tertentu mempengaruhi tempoh kesakitan perut anda. Makanan yang mengandungi banyak serat amat berguna dalam pembersihan estrogen yang berlebihan (yang boleh membawa kepada tempoh dan kekejangan yang lebih berat dan lebih menyakitkan)

7. Ambil pil tambahan kesihatan
Beberapa kajian menunjukkan bahawa Vitamin E, thiamine dan Omega-3 tambahan boleh mengurangkan rasa senggugut. [1] Zink dan kalsium telah didapati mengurangkan kekejangan, kembung dan PMS. [2] Kalsium dan magnesium mengurangkan kesakitan otot, tetapi perlu diambil untuk 2-3 bulan setiap hari sebelum mendapat kesan yang ketara.

8. Elakkan pengambilan alkohol dan kopi
Alkohol dan kafein di dalam kopi akan membuat kekejangan perut anda bertambah teruk.

nina guna yang no 1, 2 & 3 tu. Alhamdullilah berhasil. ni perkongsian kita bersama ye. so harap membantu ^^
credit: wanista.com

7 comments:

  1. saya pun tiap2 bulan mengalami hal macam nie..pasrah ja la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe aah biasa lah tu dah nama perempuan kan. tapi kita boleh mengurangkan. cubalah dgn cara tu. insyaAllah ^^

      Delete
  2. saya pon selalu sgt segugut. and selalu sapu myk panas and guna bantal panas je.

    ReplyDelete
  3. saya pun, tiap kali dtg buln mesti senggugut skali jadi sakit pinggang. selalunya letak minyak pns jealah. cara letak botol yg pns kat perut kawan sy slalu buat. tp sy blum. letak minyak pns jea. betul tu, memng rmai org2 tua kta klau dtg period xelok bt kerja berat2. katanya nanti jatuh peranakan. huhu tu yg xbrani buat. yg lain xpernh bt. nak mkn ubat pun xbrani. xnak ajar diri hidup dgn ubat jea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah ubat bukan elok sangat pun. sy pun tak makan ubat. selalu buat guna botol panas jela. tuam dekat perut. fuh lega ^^

      Delete

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.