Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

March 29, 2011

ABPBH 2010 kEmBaLi LaGi!!

 bahang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 cukup terasa. debaran kian dirasai! anugerah yang dinanti-nantikan, kini kembali lagi! siapakah yang bakal ditabalkan bintang popular bagi tahun 2010? antara calon-calon ABPBH 2010 ialah:

A. PENYANYI LELAKI POPULAR
--------------------------
01. Aizat
02. Anuar Zain
03. Black
04. Faizal Tahir 
05. Shahir

B. PENYANYI WANITA POPULAR
--------------------------
06. Adira
07. Ana Raffali
08. Alyah
09. Stacy
10. Yuna


C. ARTIS DUO/BERKUMPULAN POPULAR
------------------------------
11. Ana Raffali/Sohaimi Mior Hassan/Altimet
12. Azlan & The Typewriter
13. Bunkface
14. Meet Uncle Hussain
15. 6ixth Sense

D. PENYANYI NASYID POPULAR
------------------------------
16. Hijjaz
17. Inteam
18. Mirwana
19. Rabbani
20. Raihan

E. PELAKON TV LELAKI POPULAR
------------------------------
21. Aaron Aziz 
22. Ady Putra
23. Fizz Fairuz
24. Remy Ishak
25. Shaheizy Sam

F. PELAKON TV WANITA POPULAR
------------------------------ 
26. Fasha Sandha
27. Lisa Surihani
28. Noorkhiriah
29. Scha Alyahya
30. Tiz Zaqyah

G. ARTIS BARU LELAKI POPULAR
------------------------------
31. Daus
32. Maulana
33. Shahir
34. Sharnaaz Ahmad
35. Shahz Jaszle

H. ARTIS BARU WANITA POPULAR
------------------------------
36. Adira
37. Ana Raffali
38. Mizz Nina
39. Nurul Elfira Roy
40. Nur Syuhaida@Dottie

I. ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR
------------------------------
41. Along
42. Angah
43. Johan
44. Nabil
45. Zizan

J. ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR
------------------------------
46. Didie Alias
47. Kenchana Dewi
48. Noorkhiriah
49. Raja Azura
50. Sharifah Shahirah

K. PELAKON FILEM LELAKI POPULAR
------------------------------
51. Aaron Aziz
52. Bront Palarae
53. Remy Ishak
54. Shaheizy Sam
55. Syamsul Yusof

L. PELAKON FILEM WANITA POPULAR
------------------------------ 
56. Diana Danielle
57. Lisa Surihani
58. Liyana Jasmay
59. Maya Karin
60. Scha Alyahya

M. PENGACARA TV LELAKI POPULAR
------------------------------ 
61. Ally Iskandar
62. Awal Ashaari
63. Aznil Nawawi
64. Jimmy Shanley
65. Zizan

N. PENGACARA TV WANITA POPULAR
------------------------------
66. Cheryl Samad
67. Fara Fauzana
68. Nurul Syuhada
69. Raja Azura
70. Sharifah Shahirah

O. PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR
------------------------------
71. Aznil Nawawi
72. Faizal Ismail
73. Halim Othman
74. Kieran
75. Salih Yaakob

P. PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR
------------------------------
76. Abby Fana
77. Fara Fauzana
78. Linda Onn
79. Raja Azura
80. Sharifah Aleya

tahniah kepada calon yang terpilih & selamat berjaya ye! :) jangan lupa saksikan ABPBH 2010 pada 3 April 2011 nanti!!

Saya nak header Cik Alia

hey sume. selamat petang. hehe dah lunch? ha bagus-bagus. em nina pun baru lunch ni. act nina nak join.. alamak tak tahu ni contest ke segmen ke. hehe jom la join sebab tuan blog ni nak bagi header free. hehe eh pantang dengar free ye..

ha comel kan header alia ni. hehe blog dia pun comel tau. pinky lagi. comel comel. :) jom la singgah & join ni.. nak tahu lebih lanjut bolehla klik kat pic atas ni atau nama tuan blog comel ni ye. hehe sangat simple..
cik alia pilihla saya ye sebab saya memang tak de header pun. tu sebab saya sekarang letak pic taylor swift. kalau cik alia watkan sayang lebih la! hehe -____-

March 28, 2011

SeDiH ..

hello selamat petang. nina sedih sebab nina tak jadi keluar dengan bf nina. hehe tak pela len kali boleh keluar lagi. semalam da keluar ok la tu. hehe act hari ni plan nak keluar pergi jalan-jalan kat KLCC tapi kata bf nina kat sana (tempat dia la) nak hujan. dia datang rumah nina naik motor. nanti tengah jalan hujan pula kan. so tak pela. 
&& yang paling penting nina sedih.. yela sebab nina bukan pilihan terbaik untuk jadi seorang kawan. em nina tahu nina bukannya baik sangat nak jadi kawan korang. im so sorry.. nina tahu juga yang nina ni tak reti nak bergang-gang ni. memang dari dulu nina tak suka bergang. tak tahu kenapa. sebab bila bergang ni rasa macam berpuak-puak pula kan. macam pilih kasih. korang jangan terasa pula ye. hehe tapi nak buat macam mana. orang macam nina ni la selalu disingkirkan. nina memang selalu seorang je. but nina tak kisah. da biasa da dari dulu lagi. nina kawan je dengan semua orang. senang nina tak menyusahkan orang. nina redha jela && terima ni sebagai dugaan hidup.. semoga kamu bahagia ye ;)

March 26, 2011

Misz h0neyz 1st Giveaway

hello readers. selamat petang. hehe petang ni nina join 1 GA. thanks to misz honey sebab ajak nina join.

Photobucket
syarat-syaratnya:

* As usual, sila f0ll0w bl0g miSz h0neyz nie & bl0g ini... [untuk sesaper yg bel0m jdik f0ll0wer h0neyz yea..]
* Tajuk entry k0rang ialah " Misz h0neyz 1st Giveaway" [mst letak tajuk entry nie taw...]
* Letak BANNER kat atas tue dlm ENTRI & SIDEBAR KORANG sekali yea... [ jgn lupa backlinknya skali yea kngkwn...]
* Tag sekurang-kurangnya 2 0wg... [Pastikan dy0rg taw...]
* Finally, Tinggalkan ID FOLLOWER, ID FACEBOOK, dan LINK ENTRY kat tuan blog ni... [ Klau xde faceb0ok, xperlu letak ID Faceb0ok...]
* GA INI AKAN DITUTUP PADA 25th May 2011
last sekali nina nak tag tiha & rara. jom korang join GA ni :) & i want be a lucky person to win this GA! hehe

March 25, 2011

Segmen aku kaki blogging

hey semua selamat petang. hehe eh da nak malam da. btw tadi nina diajak oleh akmal untuk join segmen dia. ni kali ke2 nina join segmen dari akmal.

syarat-syaratnya:
- sila letak header saya ni pada entri korang..
- tajuk : SEGMEN: AKU KAKI BLOGGING (tak makan pun tak apa) 
- jawab soalan2 mudah ni.. senang je bukan pasal soalan add math pun atau pun sejarah dunia.. huhu.. tentang blog korang je... =)
1. usia blog korang?
em nina pun tak berapa ingat da. memang tak kira pun. hehe tapi nina ingat nina 1st menceburi blog sejak september 2009 lagi. ha berapa tahun? korang kira la ek. hehe

2. dalam 1 hari berapa entri korang post?
em tak tetap. kadang-kadang 1 or more. kadang-kadang tak post langsung sebab bz sangat kan. hehe

3. apa yang best tentang blog korang?time ni la korang nak promote blog korang..huhu 
haha owh promote ye akmal. hehe act ramai yang kata blog nina comel walaupun banyak kali nina edit blog ni. asyik tukar je apa-apa yang ada dalam blog ni. haha tapi blog nina tak dela lawa sangat & biasa je. story pun kalau nina nak share nina share la. dan kalau ada yang nak minta bantuan nina da sediakan form & korang isi je. in fact, nina sediakan tutorial lagi untuk korang. hehe hope korang sudi la datang & follow nina ye.. 

4. cara korang berblogging dan promote blog?
cara nina ialah nina suka blogwalking & tinggalkan jejak kat shoutbox diorang. nina ada juga nak buat contest & segmen macam akmal ni tapi tak kesempatan lagi. hehe tunggu bajet & masa yang secukupnya. hehe

5. blog yang korang suka serbu?kenapa?
blog fatin liyana sebab dia cantik & blog-blog yang comel :) suka sangat bw situ. lama la kalau nina bw blog diorang yang comel & lawa tu. hehe

6. impian korang dalam dunia blog ini?
impian nina ialah nina nak teruskan dalam dunia blogger & teruskan berblogging sampai nina give up. haha pastu nina harap blog nina jadi salah satu orang buah mulut orang. hehe maksud nina akan kenal nina dari blogla. bukan sebab nak jadi femes ke apa ke & dapat menghias blog dengan comel, cantik & kemas. yeah! :) oh tak lupa dapat kena ramai orang lagi.. dapat kawanla..

kalau dah siap paste kan link korang kat cni ye..
sapa2 yang join saya akan letak blog korang dalam bloglist akmal.. =)
tarikh tutup segmen Ahad ni 27/4/2010 jam 11.59PM


TiDak AdiL!

hey semua. nina rasa sangat tensen hari ni. geram gila..
nak tahu kenapa? sebab nina rasa tidak adil sangat sesetengah pihak yang bersikap belah sebelah. tak kira di mana-mana kalau korang jumpa orang macam ni. ok nina nak cakap kat kolej nina ni pun ada. lantakla orang nak cakap apa. tapi memang teraniaya la orang-orang yang terkena tu. kita nak join sesuatu aktiviti or apa-apa yang ada di kolej hanya orang yang CANTIK, CERDIK & BAIK dengan orang yang berkuasa dalam sesuatu hal (faci ke, lect ke or siapa jela) mesti diorang yang conduct or dapat join aktiviti tu. adil ke? habis tu orang lain yang tak TOP, tak CERDIK, tak BAIK dengan orang yang berkuasa tu macam mana pula? da la tak top, tak cerdik, tak baik pula dengan diorang yang berkuasa tu malah tak dapat join pula. aduh! sangat stress. habis diorang nak buat apa kat kolej ni? da semua yang TOP je dapat.. kesian kan. tak adil langsung! diorang jela yang dapat sijil melambak-lambak. yang si kesian ni tak dapat pela dari sem 1 sampai sem last duduk kolej belajar jela. welfare tak bagus betul. bukan diorang tak try. da try da pun tapi tak dapat. so nak buat macam mana lagi.. sedih tau. nina pun terkena juga dalam kategori ni. nak join kat celah mana lagi? cuba korang cakap? aktiviti ada pun tak banyak. pastu untuk orang-orang tertentu je. kalau ada pun tak sesuai dengan seseorang tu. bila da join tak dapat pula. habis nak buat macam mana? kalau la nina orang yang top, berkuasa lagi kat kolej ni da lama da nina bangkang. tapi siapa nak dengar suara kita ni. da la tak cerdik ada hati nak menyuarakan pendapat. 
tolongla korang FAHAM!!! bagila peluang untuk diorang. mana tahu diorang ni lagi berbakat dari korang. tapi dalam blog je mampu ku cakapkan.. aduh! :(

March 24, 2011

TayLoR tWiFt pRofiLe

salam readers. selamat malam. kalau korang perasan blog nina tukar header dan pic kat cbox tu. hehe ha ha nampak kan. comel kan penyanyi tu. siapa tak kenal femes dengan lagu love story satu masa dulu & now back to december kan. best-bestkan lagu dia. hehe nina memang suka dia. da la cantik, comel pula tu. suara pun sedap. hehe betul tak? hehe jom kenali dia nak?

Birth Name :

Taylor Alison Swift

Birth Date :

December 13, 1989

Birth Place :

Wyomissing, Pennsylvania, USA

Height :

5' 11"

Nationality :

American

Education :

Graduated from the Aaron Academy, Hendersonville, Tennessee, in 2008

Father :

Scott Swift

Mother :

Andrea Swift

Brother :

Austin (younger)
Biography :
• Taylor Swift has been singing all her life and her motivation is her grandmother who was a professional opera singer.
• She began locally performing around her town at the age of 10 and at the age of 11 she sang the national anthem before a Philphadelphia 76ers game
• When she turned 12 she had picked up a guitar and began practicing for hours each day until her fingers began to bleed
• While performing at a showcase at Nashville's Bluebird CafĂ©, Swift caught the eye of music industry veteran Scott Borchetta. He had plans to create a new label and decided Swift was one of the first acts he wanted to sign. Still a high school student fascinated by love (which she uses as her muse), she released her debut single, "Tim McGraw," in August 2006
Pets :
Cat named Indi (who hates everyone in my family except for me) and two Dobermans
Favorite Color :
white
Food :
cheesecake
Holiday :
Christmas
Hobby:
driving fast
Place :
anyplace around a creek
Season :
summer
Things to do :
write songs
Things to write about :
LOVE
Guitars :
Taylors Guitar
Artists :
Tim McGraw and Miranda Lambert
Song :
Can’t tell me nothing by Tim McGraw
Quality in other people :
Honesty and sarcasm
Movie :
Love actually
Memory :
Living on a farm
Zodiac sign :
Virgo
First single :
Tim McGraw
TV Show :
Law & Order, SVU, CSI & Grey's Anatomy
Straight A Honor Roll student
Boyfriend : 
Joe Jonas (musician, ex-, together 2008)
Lucas Till (actor, b. 10-Aug-1990, together 2008-09)
Taylor Lautner (actor, together 2009)
Jake Gyllenhaal (actor, together 2010)


ha tu la serba sedikit pasal diri taylor twift. hehe kalau la dapat jumpa dia best gila :)

March 22, 2011

yeAH dPt kEbEnARAn da!!

ATTENTION PLEASE!!!

korang kena tahu ni & jangan salah faham da lepas ni. ha nina da minta keizinan kepada tuannya wat doodles ni tau.. yeah dia bagi nina ambil doodles dia.. hehe yeah! tak percaya tengok ni.. ha jangan kata nina ambil tanpa kebenaran ok??? hehe nak tunjuk bukti pada korang la.. hehe


thanks minnie because give me permissions to take your doodles ! :)

eSoK ReSuLt SPM kUAR!!

jeng jeng. haha ha esok result spm kuar. hehe nina yang takut ni. haha padahal da lama ambil spm. yela berdebar pula rasanya. aduh! haha nina pula yang lebih-lebih ni. tak dela.. rasa teruja nak tahu adik-adik nina ni dapat berapa a. kertan akhbar pun ada mengatakan esok result spm 2010 diumumkan..
KUALA LUMPUR: The Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination results will be out on March 23. Education director-general Datuk Abdul Ghafar Mahmud confirmed the date yesterday with the News Straits Times. Between Nov 23 and Dec 20 last year, some 467,970 candidates sat the SPM examination at 3,594 centres nationwide. There has been much speculation on various online channels such as blogs and social networking sites about the date the results will be released.
ha adik-adik semua nina nak wish gudluck pada korang. baca doa banyak-banyak.


 korang da buat yang terbaik kan. so tak payah takutla. terima je apa yang dapat esok.. hehe em teringat lagi zaman dulu kala. cewah! macam da lama sangat je tinggal kan sekolah. baru 2 tahun lebih. hehe masa ambil result spm dulu. nina ambil dengan bf nina bukan dengan family. sume tunggu nina kat umah je. yela da besar panjang kan kiteorang pergi berdua jela. hehe berdebar la juga. of kos la. takut sume ada la. malam sebelum result tu memang payah nak tidur. tapi nina cool je. sume adik-beradik menyakat nina dapat berapa la kan. lagila nina ketar. tapi nina maintain cool je. esoknya da pergi sekolah berdebar la. makin berdebar bila nak sampai kat meja untuk ambil result tu. cikgu-cikgu da senyum da. hehe last-last da dapat amatla lega. haha tak tahu nak cakap pela. bersyukur la juga walaupun tak tercemerlang sangat macam orang lain. 4A je nina dapat dari 12 subjek. ok la tukan? hehe sekarang da dapat sambung belajar ok la tu. sedih pun ada juga tapi rezeki ada di mana-mana kan. tak kira result dapat berapa pun. janji kita belajar je. ok adik-adik? hehe tak pela kalau tak cemerlang pun. kadang-kadang orang yang cemerlang tu pun tak ok gak dari segi lain. diorang hebat dari pelajaran tapi bukan benda lain. setiap orang ada kelebihan & kekurangan dia. so janganla sedih sangat ye.. GUDLUCK ESOK! CHAYOK2!!

March 21, 2011

BiLA kELaS CaNcEL Pe AnDa raSa???

haha ha korang jawab jawab apa nina soal kan tu. hehe bagi nina sangat la seronok. yela bila tak de kelas kita tak payah susah masuk kelas dengar lect mengajar. amboi.. jahatnya nina ni. haha tak payah mengantuk dalam kelas. bila mengantuk tak dengar da apa lect cakap. bukan nina tak suka pergi kelas. of kos la suka nak menimba ilmu. tapi kadang-kadang lect tu mengajar buat student bosan. kalau pandai menarik perhatian student tak pela. memang excited la nina pergi kelas. macam 1 kelas ni ha nina memang excited la pergi. lect dia buat nina tak mengantuk sngat dalam kelas. selalu buat lawak. haha bak kata orang syok sendiri tapi best la. hehe seronok sampai senyum ke telinga ni ha. haha nak lompat pun ada sebab kelas cancel. mybe lect nina tu tak sihat. ada appointment dengan doktor. kawan nina cakapla. hehe


macam dunia ni ak yang punya. haha tapi petang kang nina ada meeting. *wooo meeting.* haha 1st time meeting kat kolej ni. nina mengaktifkan diri sendiri. susah la nak aktif kat kolej ni. not fair! bagi orang dekan je. orang yang femes dengan lect. ee tensen betul la. tapi degree nanti memang nina belajar tempat lain la. hehe da plan da dengan bf nina nak belajar mana & kos apa nak ambil lepas ni. merancang masa depan la katakan. haha nina pun tak konfem lagi nak teruskan akaun ke tak. haha nak try ambil bidang lain pula. tapi tengokla dulu keadaan. if ad peluang teruskan lagi, nina teruskan. kalau tak tak dela kan. haha ok la sampai sini ni nina nak membebel. share kegembiraaan dengan korang je. hehe jangan jeles tau kelas nina cancel. da la 1 kelas je hari ni. hahaha

March 20, 2011

YeAh MenaNg CoNtest LaGi!!!

wow nina sangat terkejut. hehe baru je balik dari kampung tadi. tapi tak jadi pergi. singgah nilai je jalan-jalan. pastu nina on9 diberitahu rara yang nina menang contest. ha contest apa? meh kita flashback balik..

ha contest ni la nina join hari tu. then rara da umunkan pemenang dia. then then... nina dapat no
-
-
-
-
-
2!!!
yeah!! haha sangat gembira.. yela tak sangka nina boleh menang. yahoo! hadiah dia topup RM10. syukur sangat. walaupun tak dapat no 1. tapi dapat no 2 jadila.. rezeki nina la kan. hehe btw thanks rara sebab pilih nina sebagai pemenang. yela nina tahu ramai yang join kan. hehe *senyum sampai ke telinga da ni*. nina pun da email apa yang rara suruh tu. hehe korang nak tengok meh klik link ni
dan tengok tau nama nina terpapar kat skrin tu. hehe no 2 tau..

March 19, 2011

NiNa MeNaNG LaGi!! :D

OMG! OMG!! macam tak percaya je nina menang ni. hahaha nina baru tergerak hati tadi nak pergi tengok result contest ni. korang ingat lagi tak contest ni..


ha nina join contest ni. then bila nina buka page nadia ni. wah terkejut gila. tengok nama nina terpapar kat situ. haha dengan pic nina pertaruhkan tu lagi. alamak yeke gambar nina tu? haha memang nina pun yang menang. btw thanks sangat nadia pilih nina.. macam lawak je nadia cakap pic tu nampak ketekunan nina buat kerja. hehe kalau korang tak percaya leh pergi page ni ye..
 jenguk-jengukla sekali blog nadia ni. nina promote sikit ye nadia. sori baru hari ni nina pergi tenguk result tu.  hehe thanks so much! da send alamat & no hp da tadi.

March 17, 2011

BlOg BaRu!

hey sume. em tengok-tengok blog nina ada baru la. hehe background baru & cbox nina pun pic nina tukar. hehe cantik tak? harap korang still bw lagi kat blog nina ni tau. tengah rajin nak edit blog ni.. hehe cuba nina tengah try macam mana nak ubah font post ni tukar lain. yang lama dulu nina dapat tukar tapi da lupa. korang kalau ada siapa tahu beritahu ye. nina pun tengah cari ni siapa boleh ajar nina. tak pun tutorial yang berkaitan. harapla tolong ye.. sangat-sangat perlukan. hope korang suka dengan imej blog baru ni. hehe

March 14, 2011

ConTest oH CoNTeSt

hai sume. em banyak betul contest sana sini. hehe terasa macam nak buat tapi... tak tahu nak buat contest apa & fikir macam-macamla. takut tak ramai yang join la. em macam mana ek? hehe act nak minta pandangan korang. contest apa patut nina buat & ramai yang join. hari tu ada tanya housemate nina. ada la cadangan tu tapi tah la. duk fikir lama sangat. dengan kelas lagi, tugasan lect bagi lagi. tak sempatla.. aduh! sekarang bila bosan baru fikir. tapi bila da bz memang tak la. hehe tertinggala angan-angan nak buat contest tu. bila tengok orang lain buat contest macam best je. meriah betul. tu yang nina nak try tu. lagipun 1st time nak buat. macam mana la kan nanti. hehe korang help me please... i need you all suggestion or opinion anything about this contest.. i appreaciate that! TQ friends! :) 

March 13, 2011

KeNdUri KWiN MKcik My bF

hey sume. selamat malam. em nina baru balik tadi dari kampung. hehe act tadi tengahari pergi kenduri umah makcik my bf la. hehe ma ajak nina pergi. so pergi la. 2x ajak tak sedapla tak pergi kan. so my bf la ambil. hehe tak balik da umah. terus je naik bas nanti. pergi kenduri dulu. sampai je da kena nyakat dengan paiz (adik my bf). aduh! kuat pula tu. ramai lagi orang. family dia senyum-senyum je. 
nina senyum jela. lucula. macam kiteorang ni pengantin pula. da salam sume. then ma ajak pergi makan. hehe sume la diperkenalkan. kena nyakat jela nina. haha lawak gila. kata nina ni menantu hayah la. hehe senyum ketawa terbahak-bahak. jadi bahan usikan la nina ni. pastu da siap makan ada karaoke. tiba-tiba ada lagu nina. haha lagu ni act kat pahang je kot orang dengar. tak tahu la negeri lain pernah dengar ke tak. tajuk lagu dia makwe koi. hehe act lagu tu ad nama nina. tu yang diorang lagi usik nina. haha memang kerja nina senyum jela. memang tak tahan la bila kena nyakat. memang happy jela hari ni. hehe then pukul 3.30 paiz hantar kiteorang ke stesen bas. salam sume then balikla. pukul 8 baru sampai kondo. hehe seronok sangat. thanks to family my bf sebab beri layanan. nina memang tak berapa segan sangatla. sebab da bese & tah tak jadi segan da. hehe

hOT AiR bALoOn FieStA 2011


selamat pagi sume. hehe sihat? da breakfast? ha bagus-bagus. nina belum lagi. act nina nak cerita dengan korang. tau tak hot air balloon fiesta? em mesti tau kan. da pergi? em nina nak pergi. teringin. tak pernah naik lagi benda besar tu. hehe takut juga. tapi nak pergi sana tak tahu nak naik apa. jauh juga dari tempat nina ni. jeles la korang pergi. nak juga. hehe tapi nak wat macam mana kan tak dapat pergi.


kalau siapa nak pergi meh nina bagitahu:
17- 20 Mac 2011
7am-9pm
Monumen Alaf Baru, Precinct2, Putrajaya
segala info boleh layari


btw have a nice day! jangan jeles kan nina ok kalau korang da pergi.

March 12, 2011

oH cUti SekOLaH RuPenYE..

hey sume. em weekend ni nina balik kampung. semalam nina balik. sampai je pekeliling sume tiket sold out. OMG!!! nina pelik betul. asal ramai sangat. em pening-pening. da ke hulu hilir berjalan akhirnya kami decide naik bas lompat. hehe pergi ke bentong then balik temerloh. nak wat macam mana. kalau nak balik semula kondo memang malas la. so naikla bas lompat. beratur punyala ramai. last-last dapatla juga. dapat duk sampai bentong. hujan memang tak berhenti la. sejuk gila. kami sampai malam. ingat ada lagi bas or teksi dari bentong. sampai je sume da tak de. ha lagi la tak tahu nak balik naik apa. bf nina la call ma. akhirnya ma datang nak ambil koteorang. hehe syukur.. sementara tunggu ma sampai kami lepak kat kfc. dekat je dengan stesen bas bentong tu. jalan kaki je. hehe dengan hujan renyainya redah jela. dekat. so kami makan. hehe lapar kot. haus lagi. hehe 


hehe gambar sebagai hiasan. ni semalam nina pergi tandas lepas makan then tengok tudung ok ke tak. then snapla. hehe


ha ni my bf. hehe tengah syok main game dalam hp dia. hehe sementara tunggu ma. dalam pukul 9 ma pun sampai. cerita-cerita rupanya orang da stat cuti sekolah la. OMG!! lupala.. patutla ramai orang kat pekeliling tadi. tiket pun sold out. hehe aduh! da lama tak sekolah lupala. hehe ma hantar nina sampaila ke rumah. hehe tq so much ma, paiz & syg. hehe

March 11, 2011

Saya nak join bloglist Her Storiie,x3

yang ni pula nina join bloglist dayana. thanks dayana ajak join :) tengok banner yang comel ni. hehe suka gila..



syarat-syarat nak join bloglist ni:

1. mula2 follow blog Dayana ni dulu :) [follow memollow kalau ikhlas je ye],
2. then like Her Storiie,x3 dekat FB, [kalau ikhlas jugak, tiada paksaan]
3. Buat entry bertajuk : Saya nak join bloglist Her Storiie,x3
4. copy banner macam di atas ye letak dalam entry korang

dan jawan soalan ni:

1. Harapan korang terhadap blog korang/tujuan korang blogging?

harapan nina semoga blog nina dikenali orang. haha cewah! tak dela femes sangat blog nina ni. macam yuyu zulaikha & fatin liyana tu memang da femes. hehe pastu ramai yang datang bw blog nina dan ramai followers. tujuan nina blogging ialah sebab nina suka. boleh cerita or share stori dengan orang. share is caring kan. hehe pastu kalau bosan boleh bw blog orang yang comel-comel & cantik-cantik macam blog korang tu. suka sangat!

2. Kenapa nak join bloglist Her Storiie,x3?

sebab diajak oleh dayana & nak tambah kawan. blog dayana pun cantik..

3. Apa boleh diubah suai dekat blog Dayana ni?

tak payah ubah suai da. da comel da. hehe

4. THEN, TAG 3 orang kawan korangmake sure d0rang tau ye, pegi terjah2 sket bgtau haha.


DaGaNG TuBuH cUmA RM10

hey korang ada baca paper hari ni. nina baca paper metro on9 je hari ni. tadi pergi kolej hujan. so malas nak beli paper. OMG!!! dak baru skol da pandai dagang tubuh. RM10 pula tu..

DEDAH...wartawan Harian Metro menemubual Lina yang  sanggup menjual tubuh sejak berusia 15 tahun.

DEDAH...wartawan Harian Metro menemubual Lina yang sanggup menjual tubuh sejak berusia 15 tahun.

KOTA KINABALU: Hanya RM10. Itu bayaran dikenakan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang masih bersekolah kepada rakan sekelas yang mahu mengadakan hubungan seks dengannya. Remaja berkenaan juga tidak kisah melakukan perbuatan terkutuk itu pada siang hari di hotel murah pilihannya dan lebih memeranjatkan sudah melakukannya sejak berusia 15 tahun lagi. Dalam pertemuan dengan wartawan Harian Metro, pelajar itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lina berkata, dia mula membabitkan diri dengan kegiatan tidak bermoral itu selepas dipengaruhi beberapa rakan wanita lebih tua yang dikenalinya ketika melepak di kompleks beli-belah di bandar raya ini. “Ketika itu, saya memerlukan wang untuk membeli pakaian berjenama selain mendapatkan peralatan sekolah lebih lengkap, sedangkan keluarga tidak mampu menyediakannya termasuk buku latihan disebabkan faktor kemiskinan,” katanya. Lina berkata, selepas menceritakan masalah kewangan dihadapinya, seorang rakan mempengaruhi supaya melakukan pekerjaan itu kerana boleh memperoleh wang dengan mudah.
“Pada mulanya, saya pelik dengan pekerjaan ditawarkan kerana dibawa ke sebuah bilik hotel dengan alasan untuk ‘ditemu duga’ sebelum didatangi seorang lelaki berusia sekitar 30-an. “Sebelum berbual, saya melihat lelaki berkenaan menyediakan segelas air sebelum memasukkan sejenis pil lalu mengarahkan saya meminumnya dengan alasan untuk menghilangkan perasaan takut dan gemuruh,” katanya. Katanya, selepas beberapa minit meneguk air berkenaan, dia berasa ghairah sebelum lelaki berkenaan mengarahkannya berbaring. “Saya hanya tersedar beberapa jam selepas itu dalam keadaan tidak berpakaian. Pada masa itu, saya hanya mampu menangis, namun ditenangkan rakan itu sambil menunjukkan sejumlah wang untuk saya,” katanya. Lina berkata, selepas kejadian itu, dia semakin ketagih untuk melakukan hubungan seks dan mula menawarkan diri kepada rakan lelaki yang dikenali saja. “Selepas kejadian itu, saya sering mengulangi perbuatan sama terutama selepas waktu sekolah hingga mampu hidup senang. “Bagaimanapun, disebabkan terlalu kerap melakukan hubungan seks dengan pelbagai lelaki, saya mengalami jangkitan kuman pada kemaluan,” katanya. Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia berhenti daripada kegiatan itu dan akhirnya menyesal dengan apa dilakukannya. “Mungkin itu balasan atas perbuatan saya kerana mahu mencari wang dengan mudah. Mujur saya tidak mengandung, jika tidak pasti nasib lebih buruk,” katanya.
aduh kesiannya budak ni. em syukurla tak buat da. korang fikir-fikirla ye..